Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

Kisah Hati 1

Malam itu... 26 Februari 2012...

Kami sekeluarga... sembilan beradik beserta suami/isteri masing2... dan juga beberapa orang anak saudara dan juga cucu2 saudara yang dah remaja... bergegas bergerak dari rumah kakak kedua yang baru melangsungkan kenduri pernikahan anak ketiganya... bergerak secara konvoi ke rumah pusaka arwah bapa...

Kali ini kami sekeluarga berkumpul demi menghapuskan salah satu tanda akhir zaman... SIHIR... yang telah dikenakan kepada arwah bapa... selama berpuluh2 tahun sihir tersebut berada di rumah arwah tanpa kami sedari... yang mana sihir itu bertujuan menyekat rezeki arwah bapa dan juga menghalang kebahagiaan keluarga... tetapi sesungguhNya kuasa Allah Taala melebihi segalanya...

Walaubagaimanapun, sihir yang telah berpuluh tahun usianya itu telah menunjukkan kesan ketara kini... bilamana anak2 arwah bapa (kami adik beradik) mulai terasa huru hara dalam kehidupan... oleh itu... beberapa usaha dijalankan... dan akhirnya kami ditemukan dengan seseorang yang bernama Azlan yang juga kami panggil ustaz....

Malam itu... 26 Februari 2012...

Satu janji untuk satu pertemuan telah dibuat oleh kakak ketiga dengan Ustaz Azlan... untuk dia datang 'merawat' rumah pusaka arwah bapa... yang mana syarat untuk 'rawatan' tersebut memerlukan semua anak2 arwah bapa berkumpul di dalam rumah pusaka tersebut...

Ustaz Azlan bertolak dari Kuala Kangsar ke Alor Setar... untuk beliau tiba di rumah pusaka arwah, terpaksa beliau tempuhi beberapa 'halangan'.. namun Alhamdulillah... kuasa Allah SWT melebihi segalanya... beliau selamat tiba di Alor Setar selepas Maghrib...

Dan malam itu juga... merupakan pertemuan pertamaku dengan dia...

Malam itu... 26 Februari 2012...

Aku bertolak ke rumah arwah pusaka bapa dengan menumpang kereta kakak kelima dan abg ipar... ketika sampai di halaman rumah, dapat kulihat dari jauh... seseorang yang bersusuk tegap dan tinggi... memakai jubah putih, berkopiah putih dan berselempang di bahunya sedang bercakap di handphone sambil mundar mandir di hadapan pintu rumah... dan kemudian bersalam dengan abg2 ipar yang terlebih dahulu sampai dari kami.

Dan kakakku bercakap, "itu ler ustaz... ehhh dia datang sorang jer.. selalu ada assistant..." dan aku, hanya diam membisu... kerana....

Hatiku terasa sangat berdebar2... walau hanya dengan memandang dia dari jauh dan dari dalam kereta... hati sangat berdebar2... mula ler berbagai2 andaian bermain di dalam fikiranku... "apahal lak nih... awat rasa semacam jer nih... takkan kesan sihir tu kut... ishhhh apahal nih..."

bersambung.....

"JOM SHOPPING JUBAH/BAJU MUSLIMAH"

SweetMuslimah.com

2 comments:

mrs eyza said...

next pliss...

Dee said...

tunggu sat naaa... dok cari mood... mood blom mai... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke