Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

4 April 2011

Ketumbit la pulakkkk....

NI PUN ACTUALLY ENTRY LAST WEEK... TP DISEBABKAN MASALAH PROBLEM KAT MANA NTAH... TAK LEH NAK UPDATE... GERAM TUL...

Dee mc last week ari ari Isnin 28/3/2011... mata bengkak naik ketumbit... actually seminggu sebelum tu dh bengkak sket... dan rasa sakit jgk ler... on the 26th tu mata dah start bengkak... huhuhu... on my birthday lak tu... hari Ahad keje... leh tahan lagi, tapi dah start gatal2... hari Isnin, bangun pepagi tu mata dah tak leh bukak.... terus antar sms kat pegawai atasan (uishhh pegawai atasan tuh...) bgtau kata mc....

Pagi tu gi antar Amir ke sekolah dalam ujan lebat...
stranded kat jalanraya sbb jem.. Amir smpi sekolah kul 8.00 pagi.. sib baik ada gak pelajar2 lain yg lewat sampai.... kiranya Amir ada geng lewat ke sekolah la ari tu... lepas antar Amir, Dee terus ke klinik sbb mata mmg dah ala2 rabun sebelah... pastu gatalnye.... mmg tak tahan ler.... Jumpa doktor, terus dapat mc... balik umah konon nak tido.... tp mata yg bengkak ni tak mo lak pejam.... so, Dee layan DVD.... harussss ler love story.... abih citer.....


bengkak masih tak ketara... tapi time ni mmg sakit....

ari Isnin.... dpt MC.....
SEDIKIT INFO TENTANG KETUMBIT
Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.

Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.

Penyebab
Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :
* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan

Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.


Simptom-simptom

* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke