Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

4 March 2008

Kasih yang hilang....

Semalam..... dapat satu emel dari seorang sahabat lama..... kata-kata dalam tu amat menarik..... "Beza antara suka, cinta dan sayang..." itulah tajuk emel tu.... antara kata-kata yang terdapat dalam emel tu...

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kau mau berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kau mencuba menutup matamu dari orang yang kau cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta... ada perasaan yang lebih mendalam. Iaitu rasa sayang.... rasa yang tidak hilang secepat rasa cinta. Rasa yang tidak mudah berubah. Perasaan yang dapat membuatmu berkorban untuk orang yang kamu sayangi. Mahu menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi. Cinta ingin memiliki. Tetapi 'sayang' hanya ingin melihat orang yang disayanginya bahagia.. walaupun harus kehilangan...
Begitu indah maksud yang tersurat dan juga yang tersirat di sebalik kata-kata ini....apabila membaca kata-kata ini... aku terdiam memikirkan... apakah perasaan aku padanya.... adakah aku ingin memilikinya... ataupun aku lebih mementingkan kebahagiaannya....

2 comments:

Anonymous said...

siapa tu rod.....kasih siapakah menghilang?

Dee said...

ada la ... rahsiaaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke