Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

31 January 2011

Apa ada pada STATUS

Setiap insan yang telah berumahtangga sentiasa mengharapkan agar rumahtangga yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.  Sentiasa mendoakan kesejahteraan rumahtangga agar dijauhi daripada segala dugaan dan cabaran yang berkemungkinan membawa kepada perpisahan. Walaubagaimanapun, kita hanyalah insan biasa. Insan biasa yang hanya boleh merancang, tetapi ketentuan adalah hakNya. Kita hanya mampu berdoa, tetapi jika telah ditetapkan olehNya sesuatu kejadian itu... maka redha lah hendaknya. Semoga dikuatkan iman dan diberikan kekuatan di dalam menghadapi sesuatu dugaan atau perpisahan.

Dan..... bagi insan yang telah diduga dengan perpisahan di dalam perkahwinan. Adakah perlu sentiasa menangisi nasib diri. Adakah perlu menyalahkan setiap pihak yang terlibat. Pada ketika diduga seperti inilah, perlu ambil iktibar di dalam menilai semula setiap kelemahan diri. Setiap yang buruk itu datangnya dari kita, insan yang lemah. Dan setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

Bagi seorang wanita.... yang gagal di dalam perkahwinan. Itu bukanlah petanda akhir zaman bagi diri anda. Dan janganlah jadikan status diri 'J' sebagai kelemahan. Jadikan setiap dugaan hidup sebagai satu cabaran.  Allah SWT tidak akan menduga hambanya sekiranya hambanya tidak mampu menanggung dugaan tersebut. Dan Insyaallah setiap dugaan dan cabaran ada hikmahnya.

Dan bagi diri wanita yang lain.. yang hidup berumahtangganya tidak diduga dengan perpisahan atau pertelingkahan.. tidak salah untuk sama2 memahami masalah wanita yang lain yg telah dikurniakan status 'J' ini. Janganlah dipandang serong terhadap wanita2 ini. Janganlah dituding jari bahawa kegagalan di dalam perkahwinan adalah disebabkan oleh sebelah pihak sahaja. Seringkali terdengar... wanita menyalahkan wanita yang lain. Persoalan ini semakin menjadi isu apabila si wanita berstatus 'J' jatuh cinta kali kedua... dan kali ini cintanya adalah dengan seorang lelaki yang telah menjadi hak milik wanita yang lain.

Wanita berstatus 'J' dilabel sebagai perampas, penggoda, pemusnah kebahagiaan orang lain. Tetapi tidakkah terdetik di hati mereka2 ini, wanita2 yang berstatus 'J' ini juga berperasaan seperti wanita yang lain. Yang inginkan belaian kasih sayang seorang lelaki yang bernama suami. Dan wanita yang berstatus 'J' ini juga berkemungkinan musnah rumahtangganya disebabkan orang ketiga. Oleh itu... janganlah mudah menuding jari ke arah insan lain kerana adakalanya kesalahan kita lebih besar dari orang itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke