Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

25 May 2011

DAPAT CUTI FREE!!!

Sapa yang tak nak cuti free... sila angkat tangan... confirm ler xde... kalau bab cuti2 nih... semua orang nak... nak2 pulak cuti free.... sapa nak bagi kan...?

Ni nak citer... semua orang yg bekerja... esp keje gomen akan diberi satu cuti free... wahhhh... best tuh.... CUTI ARI RAYA 2011.... disebabkan bertindih dengan cuti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos... maka cuti Hari Raya Aidilfitri akan ditambah dari 2 hari kepada 3 hari.... meaning lebih sehari ler....


Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. – Bernama

** bagi orang Kedah.. kalau jatuh hari Jumaat.. sah2 ari Ahad cuti kannnn????!!!! bayangkan ler... 4 ari cuti...!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke