Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

13 December 2011

DYMM Sultan Kedah Sebagai KDYMM Yang DiPertuan Agong Ke 14


Dee mmg terasa bangga sangat2... sebab dapat melihat DYMM Sultan Kedah menjadi KDYMM Yang Dipertuan Agong...

Dulu time baginda jadi Agong tahun 1970-1975, Dee takde lagi... kiranya tahun terakhir baginda jadi Agong tu baru Dee dilahirkan... (uisksss terbocor rahsia umur la... hehe...) 

This time, baginda jadi Agong buat kali kedua... Dee dah besar (a.k.a. tua...) dan dapat tengok hari bersejarah tu... fuihhhh mmg bangga la.... ntah nape rasa hati kembang semacammm jer... bangga sangat2.... walaupun tengok baginda tadi nampak kesian ler sangatnyer.... yer la... umur baginda kan dah 83 tahun... dah tua tu.... tapi baginda tetap nampak segak dan berkarisma sebagai Yang DiPertuan Agong....

Semalam (12/12/11) merupakan hari Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan Kedah..... Seperti titah baginda semasa pelantikan tersebut...

“Jawatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan kepada Seri Paduka Adinda Beta telah diamanahkan kepada Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia (YTM) Dato’ Seri Utama Dato’ Seri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah; Seri Paduka Adinda Beta yang dikasihi YTM Dato’ Seri DiRaja Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Anakanda Beta yang dikasihi Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato’ Seri DiRaja Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Ahli di dalam Jemaah tersebut berkuatkuasa mulai 13 Disember 2011 bersamaan 17 Muharram 1433 Hijrah,”

Tuanku Sultan Kedah sedang bertitah

Tunku Bendahara angkat sumpah



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke