Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

30 April 2012

Kerana Gambar Makcik Itu

Disebabkan gambar 'makcik' itu... tetiba Dee mendapat satu panggilan dari seseorang yang Dee tak kenal sangat... tak kenal sangat coz Dee tahu si pemanggil tu siapa, cuma Dee tak kenal dia siapa... faham ke idak nih?

Cenggini... Dee ada antar dokumen peribadi Dee seperti salinan IC, salinan lesen dan salinan payslip untuk urusan jualbeli kereta.. nak dijadikan cerita, insan yang telah menerima semua salinan dokumen Dee ni dah terpikat dengan gambar 'makcik' kat salinan lesen Dee... paham ke idak nih? hehehe... actually gambar kat lesen Dee lebih menyerupai wajah seorang makcik walaupun time tu umur Dee 26 tahun.. kiranya muda lagi ler time tu kannnn... lagipun gambar yang Dee amik utk lesen tu adalah gambar 'instant'... gambar cepat siap.. jadi mmg nampak jelas wajah seorang 'makcik' kat gambar Dee tu...

Nak dijadikan citer... si mamat yang telah menerima salinan2 dokumen Dee ni telah menelefon Dee pada petang ari Khamis yang lepas.. pada awalnye Dee ingatkan ada kaitan dengan urusan jualbeli kereta.. rupa-rupanya si mamat ni dengan berterus-terangnye bagitau telah 'terjatuh hati' kat Dee... dan ingin berkenalan... aduiiiii... gambar 'makcik' tu ler penyebabnye... terkedu sekejap...

Sehinggalah ke hari ini.. dia masih menelefon.. dan yang best nye... masih tanpa segan silu meluahkan perasaan dan rindu kat Dee... aduiiii... mamat ni memang parah.. Dee dah berterus terang dengan dia dan Dee dah tolak cinta dia...(uishhhh terasa semacam la plakkk...hishhh) dan dia sendiri yang kata hanya berkawan sahaja.. tapi tu ler... ada jugak ayat2 jiwang karat dia bila call...

p/s: boleh buat novel nih... "ku jatuh cinta kerana wajah ke'makcik'an mu"... wakakaka.... bleh?

2 comments:

miloais milo said...

wahhhhhh! peminat rahsia
hiks

Gen2Merah said...

Wakaka. Tapi kan itu mungkin salah satu taktik lelaki utk memikat pempuan. Kononnya gmbr tu sama la apa la. Tp kalau ada jodoh pa salah nya kan. He.je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke