Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

30 May 2012

Al Fatihah.. Pergimu Sebagai Ahli Syurga

Ok... entry ni adalah sambungan dari entry Dee yang semalam...



Apa yang Dee nak citerkan di sini sebenarnya telah berlaku lebih kurang dua minggu yang lalu...

Pada tanggal 12 Mei 2012, Dee telah mendapat panggilan telefon yang memberitahu bahawa baby adik Dee yang baru sahaja berusia 20 hari telah meninggal dunia.  Pada ketika itu, Dee agak sibuk dengan dua orang anak Dee yang demam campak. Sebaik menerima berita tersebut, Dee terus terkedu dan rasa menggigil seluruh badan. Pada ketika itu, fikiran Dee terus terbayang wajah adik Dee... "Ya Allah, bagaimana adik aku nak hadapi semua ni" (untuk pengetahuan adik Dee lelaki yer..) 

Dee tidak dapat pergi menziarah kerana kebetulan anak-anak Dee sedang demam campak yang teruk. Atas nasihat kakak, Dee akur untuk tidak turut serta. Dee terus call adik Dee dan dari nada suaranya Dee tahu dan dapat merasai kesedihan yang melanda dirinya. Walaupun ketika bercakap dengan Dee, dia seolah-olah mengawal sehabis mungkin untuk tidak menangis.

Dan hari tu, Dee lalui dengan fikiran yang sentiasa memikirkan keadaan adik Dee dan juga isterinya yang baru melahirkan dan sedang berpantang.. Ya Allah, kesian sangat kat Azuwa, adik ipar Dee tu.. kerana Dee tahu, Azuwa melalui satu tempoh yang perit ketika mengandung.

Dari citer kakak Dee (bila dia dtg umah keesokan harinye)...

Adik Dee ada citer kat dia... baby dia mmg dah ke IJN dan dimaklumkan tarikh akan diberi segera utk operation memandangkan kes baby dia agak serius.. tapi diaorg terpaksa balik semula ke Hospital Seri Manjung. Di hospital tersebut, arwah ditempatkan bersekali dgn baby2 jaundis.. apa yg menghairankan, sepatutnya baby yg ada kes serius perlu diasingkan. Kes seperti baby adik Dee ni perlukan perhatian rapi dan tidak boleh dibiarkan menangis.

Pada hari kejadian adik Dee dihubungi pihak hospital memaklumkan keadaan baby dia yg tenat, adik Dee ada bertanyakan nurse2 di situ adakah babynya dibiarkan menangis.. tp jawapan yg diterima tidak.. tp adik Dee mengesyaki sebaliknya kerana dlm wad jaundis, baby semua dibiarkan menangis.. dan kemungkinan itu termasuk la baby adik Dee..

Dee juga dimaklumkan bahawa adik Dee pernah dimarahi oleh seorg doktor di situ bilamana adik Dee membaca apa yang ditulis di dalam laporan rawatan yang terdapat pada setiap katil pesakit. Salah ke utk adik Dee tahu laporan rawatan tentang anaknya sendiri. Kata2 doktor tersebut paling tak boleh diterima dan seolah2 hinaan apabila menyatakan pada adik Dee, kalau tak tahu apa yang ditulis dalam tu, tak usah baca ler.. adakah doktor tu merasakan adik Dee takde education ke...

Dan yang paling Dee sedih.. bila kakak Dee citer tentang adik ipar Dee, Azuwa... Azuwa citer dia rasa ralat sangat coz dapat tahu susu ibu yang dibekalkan utk baby tidak diberi kepada babynya. Sedangkan selepas melahirkan, Azuwa bersusahpayah utk memastikan susu ibu banyak kerana dia tahu susu ibu antara salah satu penyembuh kepada babynya. Bila susu dah banyak, sehari dia akan bekalkan 6 botol susu ibu kepada wad babynya. Malangnya pada hari kejadian, dia dimaklumkan bahawa babynya tersedak susu. Agak mustahil untuk baby tersedak susu jika diberikan susu ibu, melainkan susu yang diberi adalah susu formula. Bila ditanyakan kepada nurse yang bertugas, jawapan yang diberikan amat menyakitkan hati... "tak perasan pun ada susu ibu dibekalkan.." mmg sakit hati sangat... nampak sgt nurse tersebut mengambil mudah perkara seperti ini, dan malas utk memberi susu ibu kepada baby adik Dee.. ye la kan.. utk memberi susu ibu yang telah diletakkan di dalam peti sejuk mmg agak mengambil masa.. kerana ianya perlu dicairkan terlebih dahulu.. jadi utk jalan mudah adalah dengan memberikan baby dengan susu formula jer lah... Kita sebagai ibu, confirm sedih bila dapat tahu baby kita langsung tidak diberi minum susu ibu kan.. kalau boleh kita sendiri nak menyusukan sehingga baby dah besar dan sihat ... kan? kerana kita tahu khasiat susu ibu... 

Dee memang sedih sangat... Dee sebagai orang yang tak alami peristiwa ni sedih, apalagi adik Dee dan isterinya yang baru melahirkan... dan bagi adik Dee sendiri, dia telah terpilih untuk menghadapi 3 kali peristiwa kematian yang melibatkan orang yang tersayang.. Pertamanya, ketika arwah emak kitaorg meninggal, adik Dee adalah orang yang ada bersama arwah... kedua, ketika doktor meminta izin untuk mencabut wayar bantuan pernafasan arwah bapa kitaorg, adik Dee adalah orang yang ditanya... dan ketiga, ketika doktor meminta izin untuk mencabut wayar pernafasan baby dia sendiri... InsyaAllah hanya insan yang terpilih dan yang kuat sahaja dipilih olehNya untuk menghadapi perkara seperti ini.. kerana Allah tahu kemampuan setiap umatNya...

Genap 20 hari umur arwah Muhamad Syukur Qinawi bin Muhamad Rais dilahirkan, arwah telah dijemput kembali oleh Penciptanya... Allah lebih menyayanginya dan kita perlu redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Nya... InsyaAllah setiap kejadian yang telah ditentukan oleh Nya akan ada hikmah yang menanti.

Al-Fatihah.....

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam takziah buat Rais dan Azuwa.

InsyaAllah Muhamad Syukur Qinawi adalah saham buat mereka di sana nanti. Al Fatihah.

suria lekatlekit said...

Takziah.. pelik kan kalau nurse ckp tak perasan ada susu ibu di bekalkan.. nampak sgt la dorang nak buat keja senang.

Dee said...

kakcik: itu la yg kitaorg dok bagitau kat adik & adik ipar..

thelekatlekit: ha tu la, mmg nmpk sgt kan..

Pen Biru said...

sakitnya hati dengar cerita ni..melampau betul diorng..

Dee said...

penbiru: mmg sakit hati sgt.. rasa geram sgt...

miloaiskurangmanis said...

Innalillahiwainnailahirojiun...
Al-Fatihah...

sedih iols baca entry uols ni...
geram aje kat nurse yg lepas tangan ni...
yang pemalas nak buat keja!

Unknown said...

Sedihnyer..seme hosp gomen samer jer...anak sy ditahan diwad selepas

Unknown said...

Anak sy ditahan diwad selepas dilahirkan dan dibiarkn menangis semalaman..sdgkan nes2 yg ader lena tido kerana waktu itu adalah subuh hari.....sedih tgk bayi2 mcm tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke