Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

25 February 2013

Tuhan sesungguhnya Kau Lebih Mengerti

GETARAN CINTA DI JIWA
Di hatiku cinta berbunga
Dan rinduku seharum bunga
Setiap detik kini nyata
Hanyalah dirimu sayang
Namun jauh di sudut hati
Mungkinkah kau daku miliki
Tak sanggup aku bersendiri lagi
Kehilanganmu oh! kasih
Tak sanggupku menghadapi
Tuhan sesungguhnya
Kau lebih mengerti
Pedih… menyaksikan dikau dan dia
Pilu… airmata kasih mengalir di pipi
Hampa… impianku luka berdarah
Mana harusku bawa hati yang kecewa
Tak sanggup kehilanganmu
Walau itu hanya dalam mimpiku
Dengarkanlah oh sayang bicaraku
Sesungguhnya ku menyintaimu
Ku luahkan perasaanku
Yang terpendam di dalam kalbu
Ku tulis lagu
Dengarkanlah getaran cinta di jiwa
Seandainya dikau mengerti
Katakanlah pada diriku
Siapakah yang ada di hatimu
Telah sekian lamanya
Kau bertakhta dalam jiwa
Setiap ketika rinduku untukmu

Sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui bagaimana perasaan dan hati seseorang yang terluka kerana cinta.

Sesungguhnya jiwa lebih merana bila mengetahui terjalinnya perhubungan itu adalah kerana dia terpaksa.  Dan lebih sakit bilamana diri ini yang memberi kebenaran kerana terlalu percaya.

Dan amat menyakitkan bilamana keputusan diambilnya tanpa memberitahu terlebih dahulu.

Dan amat memeritkan apabila perpisahan adalah di tangan sendiri bukan dirinya.

Dan... perpisahan terjadi kerana diri ini merasakan tidak perlu perhubungan diteruskan kerana kasih dan sayangnya telah beralih arah... begitu mudah sekali....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke