Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

2 June 2013

Istikharah Cinta


Lama2 sekali Dee nak update kat blog kesayangan Dee ni... bukan malas cuma tak de masa... agak sibuk kat opis...

Sesungguhnya pada ketika dan saat ini, Dee amat memerlukan bantuan dan petunjuk daripada Allah SWT.  Dee perlu membuat pilihan...

Pada saat ini, hati Dee berada di persimpangan... sememangnya Dee amat takut untuk membuat keputusan.. kerana bagi Dee keputusan ini yang akan menentukan masa depan kehidupan Dee...

Pada ketika Dee seolah-olah telah mempunyai satu keputusan, tetiba Dee diberikan petunjuk yang sebaliknya.. beberapa sifat dan sikap yang amat Dee tidak gemari terdapat pada dia.. dan tidak salah untuk Dee nyatakan bahawa tidak mustahil untuk "pisang berbuah dua kali" jika Dee masih tetap dengan keputusan yang telah Dee buat.

Mungkin jika dilihat dari mata kasar, dia lengkap dari aspek pegangan dan amalan agama.. tapi hanya Dee yang mengenali dia secara luaran dan dalaman.. dan Dee yang akan melalui segalanya dengan dia jika itu pilihan Dee...

Ya Allah... apakah kesimpulannya... apakah hikmahnya Ya Allah... pada ketika ini... hijabnya sedikit demi sedikit tersingkap...

Dan Ya Allah.. apakah tujuan diwujudkan seorang lagi 'insan' dalam kehidupanku... adakah ini dugaan untuk menguji sejauh mana pendirianku?

Sesungguhnya pada ketika dan saat ini... Dee amat2 memerlukan 'istikharah' dalam membuat keputusan...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke