Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

15 August 2013

Hukum Karma... adakah menurut Islam..?


Dee sentiasa diingatkan dengan kata-kata dari seorang yang bergelar atau yang dipanggil 'ustaz'... "ingat pada hukum karma.. apa yang dibuat hari ini pada seseorang, nescaya perkara tersebut akan berlaku juga pada diri Dee nanti.."

Dan disebabkan itu, Dee yang sememangnya kurang ilmu dalam hal ini percaya sepenuhnya dan sentiasa merasa takut untuk menyakiti hatinya. Risau di kemudian hari nanti Dee juga akan merasai apa yang dia rasa.

Tetapi bila tiba masanya, akal melebihi perasaan takut dan risau itu. Bila mana pada ketika tiba saatnya Dee perlu membuat keputusan, maka hati yang satu itu terpaksa dilukai. Segalanya demi kebaikan masa hadapan. Tak mungkin bagi Dee untuk mengorbankan kebahagiaan diri sendiri demi menjaga sekeping hati yang sememangnya tidak pernah memikirkan apa yang Dee rasa dengan melontarkan kata-kata yang mengguris. Sesungguhnya pemilik hati itu hanya mementingkan kebahagiaan dirinya sendiri. Baginya "kebahagiaan adalah keseronokan"... tetapi mana akan datangnya bahagia jika hati tidak seronok.. hati sentiasa terguris...

Okaylah... berbalik kepada 'HUKUM KARMA'...

Hari ni Dee tergerak hati untuk mencari di dalam google... tentang hukum karma... adakah ianya seperti yang dikatakan oleh 'ustaz' itu...? adakah ianya menurut Islam..?

Banyak maklumat yang Dee perolehi... dan semuanya menyatakan bahawa 'HUKUM KARMA' ini bunyinya seakan-akan selari dengan ajaran agama Islam. Tetapi jika diselami dengan lebih mendalam, ianya sangat jauh berbeza dengan ajaran Agama Islam.

Dan dalam banyak2 artikel yang Dee baca.. Dee memilih untuk share tentang artikel dari CENGKODOK LABU

what goes around comes around..

apa itu hukum karma..?
maklumat lanjut klik Buddhism

Saya mula terfikir,apakah benar ada karma dalam hidup ini,pendapat anda? baru-baru ini saya terjumpa ketika sedang mentelaah kitab milal wa nihal kuliah usulluddin menyentuh berkenaan KARMA iaitu di dalam bab agama Hindu. Karma ini adalah satu prinsip ‘berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat, dan prinsip ini digunakan untuk seseorang itu mencapai Nirwana(syurga) atau tahap Moksha(bersatu dengan tuhan).

Disebabkan asal-usul orang Melayu pun beragama Hinbu-Buddha,jadi hukum Karma menjadi perkara asas untuk semua orang tahu. Buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat.Persoalannya,apakah wujud hukum karma dalam Islam?

Dongeng Melayu juga ada menukilkan satu kisah berkenaan dengan hukum karma iaitu kisah si Tanggang. Tanggang yang lupa daratan telah berlaku buruk pada ibunya dan di akhir cerita,dia bertukar menjadi batu. Buat buruk dibalas buruk,itulah karma.

Di dalam surah Kahfi diceritakan bahawa Nabi Khaidir membina semula sebuah rumah kepunyaan anak yang hampir roboh.Apabila ditanya oleh Nabi Musa kenapa,Nabi Khaidir menjawab(selepas Nabi Musa malanggar janji untuk tidak bertanya kenapa) bahawa rumah ini kepunyaan anak yatim yang mana di bawahnya ada harta mereka yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang salih. Daripada kisah ini dapat kita simpulkan bahawa jika kita berbuat baik, insya Allah,kita atau anak kita atau anak kepada anak kita akan menerima kebaikan daripada perbuatan kita dan ini menepati hukum Karma.

Allah juga ada menjelaskan bahawa buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat dalam firman Nya Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:

" Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya "

Jadi berdasarkan hujah-hujah ini,apakah hukum karma itu memang benar dan wujud di dalam Islam?

Kita kaji balik kisah Nabi Yusuf yang diceritakan dalam Surah Yusuf. Semasa kecilnya(Nabi Yusuf),dia ditinggalkan oleh saudara-saudara dalam telaga berseorangan. Kemudian dia dikutip oleh pembesar Mesir dan dia dituduh menggoda Zulaikha, lalu dipenjara.Akhirnya dia dibebaskan dan dia dijadikan bendahara negara dan ketika dia memerintah negara,dia berbuat baik pada abang-abangnya. Perhatikan,adakah cerita ini menepati hukum karma? Tidak kerana abang-abangnya yang berbuat jahat padanya dibalas dengan kebaikan olehnya.Satu bukti menolak hukum karma.

Kisah pembukaan Kota Makkah,Nabi bersabda kepada penduduk Makkah yang maksudnya sesiapa yang berada di dalam rumah,dia akan selamat,siapa yang berada di dalam masjid nabawi juga akan selamat dan sesiapa yang berada dalam rumah Abu Sufian juga akan selamat. Imbau kembali perjuangan Rasulullah di awal-awal dahulu bagaimana Nabi dicaci,dihina dan dikutuk oleh orang Makkah dan kini,orang yang pernah berlaku jahat padanya dibalas dengan keampunan,sejenis kebaikan. Bukti kedua menolak hukum karma.

Bandingkan kedua-dua jenis hujah yang diberikan,anda analisa kedua-duanya dan apakah pilihan anda,apakah benar wujud hukum karma di dalam Islam?

Kesimpulan

Di dalam Islam,hukum Karma(seperti agama Hindu) tidak pernah wujud.Memang benar di dalam surah Al-Zalzalah dinyatakan berbuat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas dengan kejahatan tapi ini bukanlah hukum Karma seperti yang dipercayai oleh penganut agama Hindu. Hal ini kerana Hukum Karma di dalam agama Hindu terhad di dunia semata-mata,mereka tidak percaya kehidupan selepas mati,apa yang mereka percaya jika manusia sudah cukup membuat baik, dia akan bergabung dengan tuhan dan bila dia pula akan menentukan nasib manusia yang lain.

Tapi apa yang ada di dalam Islam,kita berbuat baik di dunia, kita akan mendapat syurga di akhirat kelak. Buat jahat,dapat neraka. dan Islam itu sungguh besar rahmatnya,jika hambanya itu benar-benar bertaubat dengan taubat nasuha maka dosa-dosanya akan di ampunkan oleh Allah..

Nabi Musa menyoal Allah,kenapa apabila seorang lakukan kesalahan,satu kampung akan menerima akibatnya. Lalu Allah menidurkan Nabi Musa di bawah satu pokok dan seekor semut telah pun menggigit Nabi Musa sehingga dia terhaga dari tidurnya dek sakit digigit semut. Oleh kerana marah dengan semut, dia memukul semua semut-semut yang ada di sekitar itu dan dia pun mengerti kenapa Allah hancurkan satu kaum walaupun seorang sahaja yang lakukan maksiat. Maksudnya,hukum sebab dan akibat ini bukan berlaku kepada pelaku sahaja tapi kepada semua orang.Sekali lagi kita dapat menolak bahawa Karma hanya berlaku terhadap individu.

Islam mengiktiraf konsep sebab dan akibat atau anda mungkin lebih suka memanggilnya karma dan Islam juga mengiktiraf satu lagi konsep yang diberi nama Ujian.Berdasarkan konsep ujian inilah,orang yang buat baik tidak semesti mendapat balasan baik di dunia tapi jika dia berjaya lulus konsep ini, bersabar dengan ujian yang menimpanya, menderita mana pun dia di dunia,dia pasti mendapat balasan baik di akhirat. Disebabkan konsep Ujian inilah,hukum Karma seperti Agama Hindu mampu ditolak bulat-bulat oleh orang Islam.

Saranan Rasulullah,apabila manusia buat baik kepada kita,balaslah ia dengan kebaikan. Begitu juga jika mereka berlaku jahat kepada kita,balaslah dengan kebaikan kerana apa yang Islam tekankan,bukan balasan di dunia tapi balasan di akhirat kelak.

Jom kita contohi baginda dalam mengajar kita erti Karma(baca:Sebab dan Akibat). Semasa hayat baginda,ada seorang makcik yang seringkali meludah dan mencaci baginda tapi pada satu hari,makcik itu ditakdirkan jatuh sakit. Lalu baginda pun pergi melawat dan menyiapkan ubat untuk makcik itu makan dan akhirnya,makcik itu memeluk Islam. Lihatlah,walaupun orang berlaku buruk pada baginda tapi baginda tetap berlaku baik padanya. Semuanya kerana satu sebab iaitu kerana baginda mengejar balasan akhirat bukan balasan dunia.

Sekali lagi,marilah sama-sama kita berlaku baik sesama kita walaupun kita dianiayai,walaupun kita ditipu,walaupun kita dipermainkan kerana apa yang penting ialah balasan akhirat,bukan balasan dunia.

Jadi di sini ingin Dee luahkan rasa hati... betapa Dee merasakan telah bebas dari satu bebanan perasaan dan rasa bersalah setelah Dee diugut2 dengan kata2 "ingatlah pada HUKUM KARMA... apa yang Dee lakukan pasti akan terjadi juga pada diri Dee nanti..."

Wallahualam....

** kepada 'ustaz' pemilik sekeping hati itu... berubah lah... berpijaklah di bumi yang nyata.. tidak semestinya kita dipandang tinggi oleh orang sekeliling dengan perwatakan seorang yang berilmu, tidak akan melakukan dosa.. sesungguhnya kita semua adalah insan biasa.. seorang hamba di sisi Allah SWT...


1 comment:

Anonymous said...

excuse, i think u r over the limit....ok..if u wanna post something pliz think about other religion ...and..im sure ur a muslim...i do think that u dont know much about other religion...so pliz dont do this again...thats all..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke