Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

20 July 2008

ketulusan...

"Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian untuk menentukan menang atau kalah tapi ia adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetiaan dan ketulusan”
Bermakna sekali kata-kata ni... sedap didengar... rasanya memang mempunyai maksud yang mendalam... begitu mendalam sekali... dan aku jamin, orang-orang yang jiwanye jiwang macam aku ni akan terus memahami maksud yang ingin disampaikan... tapi... boleh jadi juga orang-orang yang berfikiran rasional juga akan mudah memahami maksud kata-kata ini...
Cuma, dapatkah dibezakan antara kasih, sayang dan cinta... adakah terdapat perbezaan pada maksud ketiga-tiga perkataan ini.. aku sendiri tidak pasti.... aku pernah mengutarakan pertanyaan ini kepada seseorang... di kala dia menyatakan memerlukan aku dalam hidupnya... aku bertanyakan memerlukan aku atas dasar apa... cinta atau kasih atau sayang...? aku sendiri tidak pasti mengapa dan kenapa aku mengutarakan persoalan itu... adakah disebabkan aku sendiri tidak pasti dengan diri dan perasaan aku pada ketika itu...
Satu lagi persoalan yang boleh dikaitkan dengan ketiga-tiga perkataan ini adalah nafsu.... adakah diri kita diperlukan atas dasar cinta, kasih, sayang atau nafsu.... memang bersesuaian sekali sekiranya keempat2 persoalan ini diutarakan bersama... itu adalah pendapat aku...
Secara tetiba la pulak... dalam aku mengarang entry ni... terdengar lagu Anuar Zain.. "Ketulusan Hati"....
"Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu"
Bertuah ler sekiranya betul lah seseorang mencintai diri kita seperti mana kata-kata dalam lagu ini... sesungguhnya jika diri dijanjikan kasih, cinta dan sayang seperti ini... tidak sepatutnya timbul persoalan seperti tadi... walaubagaimanapun... jodoh, pertemuan dan ajal adalah bukan di tangan kita....

4 comments:

tinta rindu said...

lagu ni arwah dedicated untuk i lately hayatnya, memang menyentuh perasaan, la ni kalau drive dengar saja lagu ni airmata mengalir tanpa disedari, katanya melodinya best n liriknya menepati kisah dia memujuk i dulu, cuma lagu ni baru saja dicipta n katanya tak salah kalau dia dedicate la ni.

Dee said...

mmg lagu tu org yg ikhlas dan betul2 menyayangi yg layak menggunakan lagu ni utk dedicate kat org yg dia sayang... sememangnya sy tahu abg mmg terlalu sygkan kak...

tinta rindu said...

u make me cry right now, very sad thinking of him n missed him very much,may god bles him always.

ras-adieza said...

fuyoh....jiwanglah!.....rod ngan kak kay. Tak der orang nak bagi kita lagu tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke