Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

25 April 2011

DAH KAWIN... TAPI JATUH CINTA LAGI...

Uishhh ayat tak leh tahan.... mmg sekarang ni dah jadi macam trend kan... memasing dah ada isteri, dah ada suami.. tapi bila masuk bab jiwa dan perasaan ni... kadang2 macam tak leh nak elak jer kan... nape ekkk... orang kata "dalam hati ada taman" gitu....

Disebabkan iman tak kuat ker... atau penangan si 'dia' yg terlebih kuat... hmmm... terpikir2 gak ler... nape si suami leh jatuh cinta sekali lagi... dan si isteri leh tertewas pada panahan asmara lelaki lain...


Betul ker... kalau melibatkan hati dan perasaan... orang kata ianya terlalu 'halus'... tak leh digambarkan dengan kata2... dan buat insan2 yg belum 'terkena', janganlah mendabik dada dengan menyatakan "aku tidak akan terlibat dengan perkara sebegini.."... "orang2 yang terlibat merupakan orang2 yang tidak bersyukur dengan apa yang ada..." tak baikkan kalau berkata begitu... mana lah tahu... orang kata, satu jari menunjuk ke arah orang lain, tiga jari lagi menunjuk ke arah kita sendiri...

Dee sendiri... kalau boleh.. lebih suka mendengar jika terdengar citer2 begini... dan kebiasaannya Dee akan mengambil pendekatan menyelidik nape dia leh terjebak dalam isu sebegini... bukannya apa... kadang2 tak leh nak salahkan insan terbabit 100%... maybe dia terjebak disebabkan oleh perkara2 yang mmg memaksa... dan adakalanya.. Dee ambil pendekatan memberi nasihat sebaik mungkin tetapi tidak mengecilkan hati dan perasaan... almaklum ler.. biasanya dia berani menceritakan apabila dia mempercayai kita... dan dengan kepercayaan yang diberikan itu, sebolehnya2 kita gunakan sebaik2nya dalam memastikan dia tidak pergi lebih jauh...

Tetapi bila difikirkan... perkara sebegini ada juga kebaikannya.. Dee jadi berbelah bagi... camne nak buat ni... yer lah... nak dijadikan citer... si dia merupakan seorang yg 'single' dan jatuh cinta sekali lagi... tetapi dgn isteri/suami orang... kesian pun yer gak... tak sampai hati pun yer gak... kesian kat kawan sendiri... tak sampai hati kat 'insan2' yang akan terluka nanti... adussss... camne nih.... apa pendekatan yang harus diambil kalau dipersimpangan sebegini...?

Layan lirik lagu "Layu di Hujung Mekar" oleh kumpulan Rio'

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

2 comments:

mrs eyza said...

dah kahwin tapi jatuh cinta lagi?

sapa yang tak merasa takkan tahu...

Dee said...

ha tu la pasal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke