Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

27 April 2011

DENGKI BETUL KO DGN AKU YER...



Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

Dalam kehidupan seharian kita sebagai insan biasa... takkan dapat lari dari perasaan hasad dengki... samada di ofis, kejiranan mahupun dalam keluarga... Dee berharap sangat2 tidak dihinggapi perasaan sebegini... lebih banyak keburukan dari kebaikan...

Walaubagaimanapun...
sekiranya Dee berperasaan sebegini pun... biarlah demi kebaikan... contohnya bila Dee tengok orang lain kaya... (uishhh nmpak sangat dok dengki dgn org kaya... hihi) idak ler dengki camtu kan... cuma dengki sebab depa kaya dengan usaha depa sendiri... so, kalau boleh Dee nak gak ler kaya macam depa... kaya dengan usaha sendiri dan dengan jalan yang diredhai oleh Allah... meaning dengan rezeki yang halal ler....

Pastu harap2 orang2 sekeliling Dee idak ler dengki dengan Dee... apa la sangat yang ada pada diri Dee ini... kalau orang kata Dee lawa, cantik... (ehhh... cantik ker..????) sure Dee akan kongsikan rahsianyer.... tapi jangan ler dok ngata2 kat belakang Dee... bila dok ngata2 kat belakang, sure xdapat rahsia camne Dee leh lawa... (hahaha... gelak besaq sat...) tak gitu..!

Kalau kat opis lak... jangan ler berperasaan idak puashati atau dengki kat Dee... Dee ni kerani 'cabuk' jer... sib baik jer nih dpt dok kat sebelah bilik Pengarah.. ( agak2 ayat ni megah diri ke idak??? idak kut noo....) kalau rasa tak puashati dengan keje Dee.. bagitau lah... leh Dee perbetulkan kalau tak betul.. dan kalau betul, boleh Dee bagitau apa yg Dee buat tu mmg betul... orang kata 'give & take' gitu... kalau boleh kita terapkan 'win-win situation'... supaya memasing dapat apa yg dikehendaki... tak gitu..!

Oleh itu... sahabat2 NHD sekalian alam.... hihihi.... jangan lah kita berhasad dengki kerana dengan adanya perasaan hasad dengki ini akan memusnah satu persahabatan, satu pertalian, satu komuniti, satu organisasi, satu kampung malah satu negara... jangan tak tau betapa besarnya penangan PERASAAN HASAD DENGKI ini...

6 comments:

mariatul_m0hamadiah said...

berdoa supaya dijauhkan perasaan dengki..:(

Dee said...

betul tu... tak suker dengki2 nih... org sakit hati, kita pun sakit hati.. kannn!

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Janganlah kamu dengki mendengki sesama manusia...

Dee said...

zures: ya betul tu..!

sindiketsulit said...

dengki nih penyakit hati.
sebut perkataan dengki pun dah tak best kan?
cer sebut cer sebut..
dengki dengki dengki!
eee.. tak best kan?

Dee said...

rosdiana: mmg tak best pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke