Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

19 April 2011

WANITA BANYAK MEMBACA BERBANDING LELAKI...?

Sapa setuju sila angkat tangan.... dah tentu pompuan2 belaka yg angkat tangan tuh.... tp kalau lelaki pun nk angkat tangan gak, kiranye lelaki itu mmg respect abih ler kat pompuan.. dan sure dia ngaku ler yg lelaki mmg tak banyak membaca...

Ayat mcm cari gaduh jer kan... ayat mcm diskriminasi gender jer kan...

Actually idak ler... Dee berani buat entry tu sbb merujuk kepada fakta... fakta ini didedahkan dalam laman sesawang NPR yg dikemaskinikan sehingga 7 April lalu untuk menyokong dakwaan wanita lebih banyak membaca berbanding lelaki...

Tau tak nape pompuan lebih suka membaca...?

Mengikut tinjauan umum untuk mengukur minat membaca pada tahun 2010 yang dikendalikan oleh The Associated Press (AP) dan firma penyelidikan pasaran, mendapati bahawa wanita membaca sembilan buku dalam setahun (termasuk semua kategori kecuali sejarah dan biografi) berbanding lelaki yang hanya membaca lima buku dalam tempoh terbabit. (macam buat assignment la plak jadinyer entry kali nih...)

Tau tak nape pompuan yang mendominasi hobi membaca nih?

Sebabnye...kebanyakan bahan bacaan pada hari ini  lebih banyak berkisar mengenai wanita seperti Mingguan Wanita, Jelita, Nur, Dara dan banyak lagi lah... pastu dari kategori fiksyen lak contohnyer novel.. lebih banyak bertumpu kat kisah2 cinta, romantis, pengorbanan dan berunsur jiwang yg mana dah tentu ler pompuan2 mmg minat sangat citer2 cenggini... pastu lak... penulis2nyer dah tentu lah pompuan2 belaka...

Ni satu lagi kenyataan yg mcm assignment lah jugak.... teori yang dikemukakan ahli psikologi kognitif pula mengatakan wanita sebenarnya memiliki lingkungan perangai dan emosi lebih hebat berbanding lelaki dan ini menyebabkan karya fiksyen (mcm novel tuh..) sangat berpadanan dengan perwatakan memasing.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa.... lebih ramai wanita yang membaca berbanding lelaki kerana pembacaan sebenarnya lebih banyak menuntut lebih banyak kesabaran dan penghayatan, khususnya karya fiksyen.

(sumber Berita Harian, bahagian Sastera)

4 comments:

Dilla Ady said...

lagipun laki kan lebih suke pada aktiviti mancing, futsal, golf...mane la ade mase nk membaca nih kan dee?

deeya said...

ha betul tu dilla... mmg diaorg bab feeling2 fikir2 mmg idak ler...

ZZnoor said...

baiklah...sy terima...
mm honestly,sy pun suke bc novel!

deeya said...

oo ye ker zznoor... sure jiwang nih... hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke