Tetiba ari ni... bila Dee 'tumpang' baca suratkhabar bos... (PA kena tengok dulu suratkhabar bos, baru leh bagi kat bos... hihihi...) tengok2 mantan PM Tun Dr Mahathir bercakap mengenai keluar dari zon selesa... terusss... dapat idea nak buat entry kali nih...
Tapi sebelum tu... meh tengok apa yg Tun cakap mengenai keluar dari zon selesa nih...
Semua negara perlu keluar daripada zon selesa dan bergerak maju seiring negara lain dalam dunia yang kini penuh mencabar dan bergerak pantas, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ramai suka berada dalam zon selesa yang akhirnya mengakibatkan mereka tidak dapat berkembang maju. “Kalau kita selalu nak benda yang kita biasa, kita tak boleh maju.
Dunia sedang berubah dan kita perlu bergerak seiring kemajuan negara di seluruh dunia,” katanya yang juga pengasas program Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) kepada pemberita di sini semalam.
sumber : Berita Harian 20/6/11
SETUJUUUU sgt!!! ok... walaupun kenyataan Tun lebih menjurus kepada negara... tapi asasnye tetap sama... iaitu apabila dah selesa sangat berada kat zon selesa, kita takkan maju...
Itu lah yang Dee rasa sekarang.... kedudukan Dee sekarang, amat selesa... dengan persekitaran kerja yang selesa, tugas dan kerja yang dah mmg dalam tangan lah... kiranye selesa gak tu... bilik yang selesa... dan bos yang baik... rakan2 seperjawatan jugak baik2 belaka... kiranye serasi lah... dan disebabkan keselesaan itu lah... Dee dapat rasakan prestasi keje semakin menurun... Dee dah kurang teruja nak buat keje2 seharian... dan ada ketikanya terasa macam meloya la plak... (bleh gitu..?)
Tapi dalam keselesaan yang Dee alami dan rasa sekarang ni... Dee tetap rasa tidak puas... Dee mahukan yang lebih mencabar la pulak.... Dee nakkan sesuatu yang berbeza dari biasa.... kalau boleh Dee nak kan jawatan yang lain dari jawatan Dee sekarang nih... bila jawatan dah lain, dah tentu skop keje pun lain... itu ler yg Dee nak... kiranyer sesuatu yang baru bagi Dee dah tentu akan bagi Dee cabaran... wahhhh bestnye kalu dapat atasi cabaran tuh....
Terasa macam nak apply jawatan lain la.... actually dah apply pun.... tapi tetiba pengambilan baru dibekukan la plak.... adusssss.... tapi takpe... semangat masih membara... Insyaallah rezeki ada di mana2 dan dah ditentukan oleh Allah... kalau ditentukan Dee dapat berubah ke jawatan dan keje baru... Alhamdulillahhhh... kalau tak, Dee tetap bersyukur dengan apa yang ada.... Alhamdulillahhh...
2 comments:
try le apply tempat lain plak...
good luck ye!
miloais: mmg dh apply pun... tgu luck jer la skrg nih... tqs...
Post a Comment