Actually Dee rasa malassss sangat nak update blog... ntah nape... mood update tak datang2... actually idea tu ada, tapi semangat yang tak datang...
Ari ni Dee just nak cut & paste info mengenai ECTOPIC PREGNANCY... Dalam family Dee kan ramai pompuan... kakak Dee jer dah 6 orang, termasuk Dee 7 orang pompuan semuanya... dalam 7 orang nih, 3 orang pernah mengalami Ectopic Pregnancy... satu pengalaman yang amat menyakitkan terutamanya bila kandungan di tiub fallopian tu hampir pecah dan akibatnya berlaku pendarahan yang teruk...
Pengalaman Dee sendiri pada tahun 2005 mengalami pendarahan selama 25 hari... pendarahan yang pada mulanya sikit2, tidak sakit dan darah yang merah segar.... mula2 tu Dee ingatkan period yang tidak normal... tapi bila dah menjangkau berbelas2 hari.. Dee dah naik risau... Dee refer kat kakak Dee (pakar dalam perbidanan) dan dia minta Dee datang ke hospital utk check... Doktor pada mulanya menyangkakan Dee keguguran kerana rahim membengkak seolah2 baby pernah ada dalam tu tapi dah gugur... so, Dee diberi tarikh utk buat D&C... selepas balik dari hospital, Dee terus rasa sakit yang amat sangat.. pinggang terasa macam nak patah... nasib baik bila Dee balik dari hospital tu, Dee tak terus balik umah sebaliknya Dee ke umah anak sedara Dee konon2 nak berborak2... Eyta (anak sedara Dee) tgk muka Dee dah pucat sangat terus call kakak Dee (sister hospital) tadi dan dia trus suh bawak ke hospital... time tu darah makin banyak kuar....
Sampai kat hospital, trus gi emergency... dan diberi ubat tahan sakit.. sebab Dee mmg dah tak tahan sangat.... masuk wad... pakar datang tengok terus buat scan.... confirm ECTOPIC PREGNANCY... pakar tu agak marah sebab doktor sebelum tak dapat detect dan silap diagnose... lepas tu Dee terus dibawa ke OT utk buat laparoscopic (guna alat robotic dan hanya tebukan kecil diperut, untuk kes yang belum pecah) .. dalam kes Dee saluran hampir pecah... kiranya ada crack ler kat saluran tu.. sebab tu Dee sakit teruk dan darah makin banyak kuar....
Dee dapat MC sebulan selepas tu.... kurusssss selepas sebulan tu uolllssss.... ntah nape.. agak2nye sbb Dee tak selera makan kut... pastu pantang melebih2 dari org berpantang selepas beranak... hihi....
Ni sket maklumat mengenai ECTOPIC PREGNANCY... yang Dee cut & paste dari klinik-ibuaiman.blogspot.com
Apakah dia mengandung luar rahim?
Sebagaimana namanya mengandung luar rahim, bermakna embrio yang sepatutnya menempel di dinding rahim tidak berada di dalam rahim tetapi berada di tempat lain iaitu tiub fallopian (tiub rahim) paling banyak kes atau ovari (kilang telur) atau boleh juga berada di dalam perut (amat jarang). Keadaan ini berlaku kerana kegagalan embrio untuk bergerak melalui tiub ke dinding uterus. Ini boleh berlaku akibat tiub yang tersumbat disebabkan banyak perkara antaranya jangkitan kuman pada tiub, kehadiran parut (scar) pada tiub disebabkan pembedahan yang lepas.
Apakah mengandung luar rahim ini biasa berlaku kepada mana-mana wanita?
Untuk pengetahuan anda, bagi kalangan wanita muda dalam usia yang subur (reproductive age), mengandung luar rahim merupakan diagnosis pertama yang harus ada di dalam fikiran semua doktor apabila seorang wanita muda datang mengadu mengalami sakit perut yang teramat sangat. Ini kerana jika mereka salah membuat diagnosis, keadaan ini boleh mengundang kematian.
Tanda-tanda awal mengandung luar rahim
1. Anda tidak datang haid sebagaimana biasa (miss period) atau anda memang telah menyedari anda telah mengandung melalui ujian air kencing yang dilakukan.
2. Pada peringkat awal, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti wanita mengandung lain seperti loya dan mual.
3. Ada akan berasa sakit perut samada di sebelah kanan atau kiri. Pada mulanya sakit perut tersebut mungkin tidak berapa teruk tetapi apabila tiub fallopian pecah, maka akan akan mengalami sakit perut yang teramat sangat dan sakit perut ini akan merebak ke seluruh perut. Kebiasaannya tanda-tanda ini akan berlaku pada minggu ke-5 atau ke-6 mengandung kerana embrio sudah tidak dapat membesar di dalam tiub dan ia akan pecah.
4. Anda mungkin akan mengalami pendarahan yang sedikit melalui vagina sebab embrio telah tidak dapat membesar.
Apakah rawatan untuk kes mengandung luar rahim
Kebiasaannya doktor akan melakukan pembedahan semada secara laparoscopic (guna alat robotic dan hanya tebukan kecil diperut, untuk kes yang belum pecah) atau laparotomy (pembedahan perut secara classic, untuk kes yang telah terpecah) untuk membuang kandungan luar rahim ini bagi menyelamatkan hanya ibu.
Apakah yang boleh menyebabkan kematian ibu
Bagi kes mengandung luar rahim yang tidak dikesan pada peringkat awal, ibu boleh meninggal disebabkan pendarahan dalaman.
PERINGATAN: Anda harus SEGERA ke hospital apabila terdapat tanda-tanda berikut ada iaitu SAKIT PERUT DI BAHAGIAN KIRI ATAU KANAN PERUT DAN ANDA SEDANG MENGANDUNG MINGGU KE-4 ATAU KE-5 / HAID ANDA LAMBAT SELAMA 1-2 MINGGU.
P/S: Semoga info memberi manfaat kepada semua...
5 comments:
memang info berguna. sy pun tgh mengandung 7 bln setengah.. tp Alhamdulillah kandungan takde sebarang masalah.. tp dgn info ni blh di jdkan panduan di ms akan dtg
good info..thanx alot...
tak rugi kita berkongsi info yg berguna kannnn....
Info yang bagus, masaalah org pempuan mengandung nie memang macam². Bini aku suka tanya aku itu ini... mana la aku tau.
Sy br lepas operate kndungan lua rahim...sedih sgt
Post a Comment