Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

21 July 2011

SEKADAR LUAHAN HATI!!!

Tolong la terima kenyataan.... dah tak larat dah nk cakap... dah dua tahun masa berlalu... takkan dalam masa dua tahun tu masih lagi di takuk yang lama... masih lagi mengharap pada yang tidak sudi... memang telah sah2 jawapannya adalah TIDAK... tidak meaning TIDAK ler... tak mahu lagi dah... cukup lah berbelas2 tahun bagi peluang untuk berubah... tapi masih tidak berubah...

Sekali hati dah NEKAD... tidak akan dengan mudah untuk hati kembali berubah untuk menerima semula... keputusan yang dibuat ni pun mengambil masa setahun lebih untuk difikirkan baik buruknyer.... oleh itu... tolonggggg lah.... jangan dipujuk2 lagi... NEKAD adalah NEKAD...... itu adalah keputusan nyer....


Dan pleaseeee la.... memang dah jelas lagi nyata... perangai dan sifat 'itu' tidak berubah... perbualan dimulakan dengan elok... diakhiri dengan perkataan2 yang mengguriskan hati... dan itu adalah satu senario yang biasa... bukan lagi luarbiasa... dan dah tak larat lagi nak melalui senario yang sama setiap hari... oleh itu hati ini sememangnya telah NEKAD....

Tidak akan berpaling lagi... sekiranya berpaling semula... memang BODOH lah namanya tu...  Ya Allah aku mohon pada Mu... berikan aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan dan cabaran ini... sesungguhnya aku percaya.. Engkau tidak akan turunkan dugaan dan cabaran ini sekiranya aku tidak berdaya untuk menempuhnya...

Dan sememangnya dalam saat2 ini... sokongan yang kuat dari orang2 yang terdekat amat diperlukan... yang diperlukan cuma SOKONGAN... dan bukan kata2 yang menambahkan lagi sakit di hati... tidak perlu untuk menambah perisa dengan memburuk2kan lagi orang lain... tidak perlu untuk mengimbau kembali kesilapan2 yang pernah dilakukan... tidak perlu mengingatkan betapa sebelum ini pernah melukai hati insan2 yang tersayang.... TIDAK PERLU semua itu... kerana semuanya telah didengari... dan mmg telah memberikan keinsafan... dan telah menyedarkan betapa telah melakukan kesilapan... oleh itu... TIDAK PERLU itu semua lagi... kerana ianya hanya akan membuatkan perasaan MELUAT dan MENYAMPAH lebih menebal...

HUH!!!!! Dah letih.... dah tak larat.... dah penat.... tolongggg la.....

Ingat lah... sememangnya ISLAM itu adalah suatu agama yang mudah... Ianya memudahkan... oleh itu... janganlah merumitkan sesuatu yang mudah.... kerana ianya tidak menyumbang ke arah kebaikan, sebaliknya lebih menjurus ke arah keburukan... akan lebih banyak masa yang terbuang.... dan lebih menyiksakan jiwa....

Ya Allah, permudahkanlan segala urusan hambaMu ini.... Aminnnn....

6 comments:

Pen Biru said...

kuatkan semangat..semoga Allah makbulkan doa2kita semua dan memberikan kita yang terbaik..amin....

far_east said...

GBS alwayz saport u...dont look back dah..

demi mereka, bukakanlah buku baru demi sebuah langkah baru.

Dee said...

pen biru: thanx! mudah2an...

faiz: thnx for the support...

tireless mom said...

salam....beautiful mummy! i dont know wat head n tail cuma rasanya cam faham aje!..anyway maybe we have d same situation kew? go mummy! dun give up okay...

cek tun said...

askum kak..harap akak tabah hadapi dugaan yg Tuhan berikan...Tuhan menyanyagi akak sbb tu dia beri akak dugaan mcm nie...hope akak tabah hadapi ye :)

SimplySeoul said...

harap cekalkan semangat. Insya Allah dipermudahkan urusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke