Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

15 December 2011

Gemersik Kalbu


Lagi satu novel yang Dee minati akan muncul di kaca TV...

Dee suka sangat dgn karya Anis Ayuni... dan Gemersik Kalbu ni mmg best sangat citer nye...

Coming soon... Gemersik Kalbu bakal ditayangkan di Slot Akasia di TV3... harap2 Dee bleh ler tengok dan jadi penonton setia... Gemersik Kalbu akan bermula pada 2 Januari 2012 jam 7.00 malam setiap Isnin hingga Khamis...

Drama ni dibintangi oleh Ayu Raudhah, Aqasha, Neelofa, Faradhiya dan ramai lagi.... 



Ni sinopsis Gemersik Kalbu....

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?


Huh!!! Tak sabar sangat....



3 comments:

Kakzakie said...

Kalau waktu tayangan jam 7 petang memang kakak tak pernah dapat menontonlah...

intan morsalin said...

kak zakie : bleh je tgk waktu lain tp kat tonton.com.my....hehehehe

Dee said...

kakzakie & intan: betul tu... tonton.com kan ader...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke