Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

9 January 2012

Persaraan Pengarah ke 4


Semalam 8.1.2012 merupakan hari terakhir Tuan Haji Raja Sulaiman bin Raja Hassan, Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah berkhidmat sebagai seorang penjawat awam.

Dan semalam jugak merupakan hari terakhir Dee ada bos.. Tuan Haji merupakan bos Dee yang ke 4.. meaning, sejak Dee mula berkhidmat di KMK pada tahun 2003 sehingga kini.. telah 4 orang Pengarah yang datang silih berganti... dan Tuan Haji merupakan bos Dee yang kedua yang bersara di KMK.

Actually banyak yang kitaorg staf admin rancangkan sempena persaraan Tuan Haji... almaklum ler bagi kitaorg Tuan Haji merupakan seorang Pengarah yang tegas, tapi dalam masa yang sama boleh duduk semeja makan dengan kitaorg.. setiap kali admin buat makan2, sure dia akan join.. dan Tuan Haji jugak amat mengambil berat tentang kebajikan staf..

Pada hari persaraan Tuan Haji, unit2 yang terdapat di setiap tingkat bekerjasama menganjurkan satu jamuan untuk meraikan Tuan Haji.  Meaning kat KMK ni blok pentadbiran menempatkan semua unit2 kecil dan ada 3 tingkat...
Tuan Haji akan menghadiri setiap jamuan dan majlis yang dianjurkan mulai dari tingkat 3 dan seterusnya sehinggalah ke ground floor... ground floor diberikan kepada unit admin, asrama, makmal, pusat sumber dan juga teknologi maklumat.. kitaorg bergabung menganjurkan satu jamuan dan majlis yg ringkas utk Tuan Haji.. dan sudah semestinya pengacara yang giler glamour adalah Dee sendiri... hehehe...

Meh layan sket gambar2... tapi gambar Dee dok jadi pengacara xdak la pulak.. huhu...

insan2 glamer... sempat bergambar sementara dok tunggu Tuan Haji sign serah tugas...

Tuan Haji naik keta kuda... nampak sgt wajah kerisauan tu... hehe

atas keta kuda bersama isteri, Pn Hjh Salmah 


punch card terakhir...
Kata-kata penutup Dee sewaktu mengacarakan majlis ringkas untuk Tuan Haji...

“Duhai tuan, sebaik sahaja dikau beredar dari kolej ini, maka terbukalah pintu rindu dihati kami.  Selamat meneruskan kehidupan.  Mungkin budi mu yang tumpah di sini, hatta setitis mahupun selaksa.  Bukanlah untuk dijual beli atau ditimbang kati kemudian hari.  Yang dikau sampaikan selama ini hanyalah amanat dan tanggungjawab.  Terima kasih dari sudut hati yang terdalam.”





3 comments:

Pen Biru said...

kalau org yg kita syg ni, mcm2 kita nak buat utk dia..tapi kalau dah org yg memng kita tak suka, kalau boleh, apa puntak mo buat..kan? hehehhe

Kakzakie Purvit said...

Nampak sangat pekerja semua sayang pada Tuan Hj, ini... mesti boss yg baik..

Dee said...

Pen Biru: tepat sekali... lumrah manusia kannn...

Kakzakie: mmg tuan haji bos yg sangat baik... memahami staf..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke