Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

1 March 2012

Inilah Yang Dikatakan Hati Manusia


Kenapa dan mengapa???

Dee betul2 tak faham dengan sikap segelintir manusia yang membiarkan hati diselaputi hasad dan dengki.  Membiarkan diri terlalu ikut apa kata hati yang telah menjadi busuk itu.  Dan dengan hati yang telah busuk itu ler, manusia dengan mudahnya akan terpengaruh dengan hasutan syaitan.
:google
Dan bagi meninggikan lagi taraf perasaan hasad dengki itu, manusia yang terpengaruh dengan hasutan syaitan ini akan mencari jalan bagi menjayakan misi hasad tersebut.  Antara jalan mereka-mereka ini nampak adalah dengan menyebarkan fitnah, cacian dan umpatan.. dan lebih buruk lagi menSIHIRkan orang yang didengkikan itu.


Bangsa Melayu yang sudah semestinya kita beranggapan beragama Islam sentiasa diduga dengan sifat hasad dengki ini.  Dee pasti kaum lain juga pasti ada, tapi apa yang Dee nak utarakan di sini adalah mengenai sikap bangsa sendiri.  Terlalu mudah merasa iri dan berhasad dengki.  Sedih sangat bila melihatkan bangsa sendiri sanggup menjatuhkan sesama sendiri disebabkan oleh hasad dengki.  Dan lebih menyedihkan, yang beragama Islam sanggup menduakan Allah dengan mengamalkan sihir dengan tujuan menjatuhkan orang lain...
:google
Tahukah kawan2.....

DENGKI adalah sifat keji dan tercela. Islam menegah keras umatnya berdengki. Banyak keburukan lahir akibat dengki yang boleh melemahkan perpaduan ummah.

Banyak ayat al-Quran dan hadis menjelaskan keburukan akibat dengki. Dengki adalah niat untuk mencari jalan atau tindakan untuk menghilangkan kekayaan, kedudukan, kejayaan dan kebaikan yang diperoleh oleh orang lain.

Dengki biasanya timbul daripada perasaan dendam, cemburu, marah, benci dan niat jahat. Dengki adalah sifat iblis. Akibat sifat dengki yang menguasai iblis mengubah daripada beriman kepada durhaka kepada Allah.

Allah memberi peringatan kepada manusia niat syaitan dalam firman-Nya bermaksud: Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sesat yang sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisa, ayat 60).

Sifat itu bukan sekadar menambah dosa, malah mengurangkan himpunan pahala. Orang mengamalkan sifat dengki akan mengalami muflis di akhirat apabila kebaikan yang diperoleh melalui amalan lain binasa dek sifat dengki.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dengki itu memakan (membinasakan) kebajikan (pahala), seperti api memakan (membakar) kayu yang kering.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Allah lebih mengetahui apa yang menimpa setiap orang. Dia berkuasa memberi dan menentukan setiap kejadian di dunia ini. Sesiapa menyimpan dengki terhadap orang lain, samalah dia cuba mengubah apa yang ditentukan Allah terhadap orang lain.

Allah berfirman bermaksud: “Adakah patut mereka dengki kepada manusia kerana kurnia yang diberikan Allah.” (Surah an-Nisa, ayat 54).

(sumber:   iium.edu.my)

Dan bagi insan-insan yang pernah dan sedang menjadi mangsa akibat perasaan hasad dengki ini, pesan Dee bersabarlah dan berserahlah kepada Allah SWT untuk pertolongan dan petunjuk.  Insyaallah...
google


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke