Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

8 March 2012

Pengumuman Yang Dinanti... SBPA DIBATALKAN!


Akhirnya... finally... apa yang dinanti telah diperolehi.. pengumuman oleh YAB PM mengenai SBPA...

SBPA DIBATALKAN!!!!

Ini apa yang dirumuskan dari pengumuman YAB PM tadi :

1) Struktur SBPA dibatalkan, SSM akan ditambah baik;
2) Suruhanjaya Khas ditubuhkan untuk kerajaan mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa akan datang;
3) Pelarasan gaji SSM (yang dulunya mengikut Jadual Gaji Matriks, sekarang Jadual Gaji Minimum Maksimum) Kenaikannya adalah seperti berikut :
i) 13% untuk Kumpulan P&P dan Pelaksana (Gred 1-54)
ii) 9% (Gred utama A, B dan C)
iii) 8% (Turus III dan II)
iv) 7% (Turus I dan KSU)
4) Kenaikan gaji bagi Kumpulan P&P dan Pelaksana adalah di antara RM80-RM320 (ikut gred masing-masing), manakala JUSA ke atas mengikut gaji SSM yang sedia ada;
5) Kadar COLA :
i) Kawasan A = kekal
ii) Kawasan B = dari RM200 dinaikkan ke RM250
iii) Kawasan C = dari RM100 dinaikkan ke RM150
6) Bayaran elaun dan insentif adalah mengikut kadar gaji baru SSM; dan
7) Guru-guru akan tetap kemudahan untuk mengekalkan laluan kerjaya seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2012.


Apa pun yang diumumkan dan keputusan yang dibuat oleh pihak yang berkenaan, pada Dee adalah terbaik untuk semua penjawat awam.

Dan Dee tetap bersyukur dengan apa yang diberikan.

3 comments:

Kakzakie said...

Apa yg pasti kakak tak terlibat sebab kakak kerja swasta. Cuma diharap jgnlah harga barang mencanak-canak cuba dinaikkan lagi...

Dee said...

kak zakie: mmg pun... gaji diselaraskan tak ler seberapa, tapi harga barang yg diselaraskan tu yg tak leh tahan tuh.. confirm over nyer lah..

Boni JLL3 said...

SPBA tu apa ekceli?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke