Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

18 April 2012

Ilmu Yang Dapat Hari Ini


Tadi pagi2 Dee masuk opis, baru nak mulakan keje... tetiba Dee diajukan dengan soalan ni...

"PELANTIKAN atau PERLANTIKAN?"

Sebabnya orang yang tanya kat Dee tu nak keluarkan surat untuk melantik ahli jawatankuasa.  Tetiba Dee leh jadi terlupa la pulak yang mana satu betul... 

Sebabnye sebelum ni Dee gunakan PELANTIKAN... tetiba haritu Dee tengok dalam satu fail yang mengandungi hebahan2 dari jabatan2 lain, diaorang menggunakan PERLANTIKAN bagi memberitahu sesuatu perubahan pada jawatan Pengarah atau pelantikan baru bagi Pengarah.  Maka nye... Dee pun tetiba leh terikut dengan diaorang ni pulak bila membuat hebahan tentang Pengarah baru opis Dee...

Tetapi bila arini Dee diajukan soalan itu... terus tak berani pulak bagi jawapan... coz memang tak pasti yang mana betul... dan tanpa berlengah lagi Dee terus mendapatkan khidmat Mr. Google bagi kepastian. Dan ini apa yang Dee dapat.... dan di sini Dee nak share lah...


"Pelantikan" bermakna perihal, perbuatan melantik.
"Perlantikan" tidak wujud dalam bahasa Melayu mahupun Kamus Dewan.
sumber :  blog cikgu 


7 comments:

kakcik said...

Memang ejaan yang betul adalah PELANTIKAN. Sama juga dengan perkataan PELAKSANAAN bukan PERLAKSANAAN. :)

Dee said...

kakcik: rupanya banyak juga perkataan yang kita selalu gunakan tapi tak pasti ejaannye kan...

misz_eyza said...

maksudnya puan PA kena masuk kelas bahasa balik ler hihihi...

miloais milo said...

ooh... iols baru tau - sebab selalu rasanya jumpa perkataan perlantikan / perlaksanaan...

tapi keja kat opis iols ni... jarang amat2 guna BM ni...

Cik Tie@Akak said...

kena tanya cikgu BM ni

Dee said...

miss_eyza: i xkisah pun nk masuk kelas BM balik, mmg vocab kurang pun.. jom ler join..

miloais: ha tu ler kan... so bila dh dpt tau ni, share tu tak salah kannn?

cik Tie: jika ada kemusykilan, wajib tanya...

misz_eyza said...

haha oke gak...sebab bermula esok saya agk terkurang bahasa skit...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke