Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

11 April 2012

Kucing ooo Kucing


Saja jer nak buat entry tentang kucing...

Dee pernah diberitahu oleh seseorang bahawa kucing adalah antara haiwan yang melihat malaikat. Betul ke? Ada sesiapa tahu tak kesahihan tentang kenyataan ini?

Bila Dee search google... ini jer yang Dee dapat...


Haiwan-Haiwan Yang Melihat Jin
Sebuah hadis menceritakan mengenai 2 jenis haiwan yang dapat melihat jin, dan 1 jenis haiwan yang dapat melihat malaikat :

" Apabila kamu mendengar lolongan anjing dan ringkikan keldai di malam hari, maka mohonlah perlindungan kepada Allah, sebab mereka melihat sesuatu (jin) yang tidak kamu lihat, dan jika kamu mendengar kokok ayam jantan, maka mintalah kepada Allah rahmat-Nya, sebab ayam jantan itu melihat sedang melihat malaikat.
(HR: Bukhari dan Muslim)


 Ni satu lagi yang Dee dapat.. juga dari google...

Haiwan Dapat Melihat Syaitan?

Pernahkah kita melihat ayam membuat bising dan berlari-lari seolah-olah ketakutan? Begitu juga dengan haiwan-haiwan lain seperti keldai yang turut berkelakuan sama? Kata orang, haiwan boleh melihat syaitan tetapi benarkah pernyataan itu?

Menurut hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Apabila kamu mendengar ayam-ayam betina berbuat bising, maka mohonlah kurnia daripada Allah s.w.t. kerana mereka sedang melihat malaikat datang. Dan apabila kamu mendengar terikan khimar (keldai), maka berlindunglah kepada Allah s.w.t. daripada syaitan, kerana sebenarnya binatang-binatang itu telah melihat syaitan.”
sumber :   blogs.iium.edu.my/

So.... camne? Takpe lah, meh layan gambar2 kucing yang Dee snap kat umah kakak Dee... comey2 belaka... kecik2 jer lagi... 

ibu susuan... sbnrnye tak semua tu anak2 ibu kucing tu...

comey kannnn... kaler yg jarang2 dijumpai...

mmg geram klu tgk time nih....

tgk tu... nak jalan pun tak leh lagi... terketar2 jer...
p/s:  Dee idak ler minat kucing.. dan benci kucing pun idak jugak... kiranye... sedang2 jer la....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke