Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

12 April 2012

Pertabalan Seri Paduka Catat Sejarah


Hehehe... pinjam tajuk dalam Berita Harian hari ni... 

Walaupun ramai yg dah buat entry tentang pertabalan ni semalam.. dan Dee boleh dikatakan agak ketinggalan.. Dee tak peduli.. Dee tetap nak buat jugak entry nih... lagipun ni blog Dee kannnn... ikut suka Dee la nak buat entry apa pun kannn.... (wahhhh ayat agak kebelagakan sket.... ) yang pasti Dee nak sejarah ni ada dalam blog Dee...

Dee tak nak citer panjang tentang pertabalan... apa yang Dee nak catat dalam blog ni adalah tentang keistimewaan Pertabalan Seri Paduka ke 14 ni....

PERTAMA :


Istiadat kali ini melakar sejarah penting bagi Seri Paduka Baginda kerana ini kali kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, selain adalah Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baru di Jalan Duta di sini.

Tuanku Abdul Halim ditabal Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970 ketika berusia 42 tahun dan kini, empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84. (sumber)


KEDUA :

Baginda menjadi Agong bagi dua orang Perdana Menteri yang mempunyai pertalian darah.


Baginda bertitah: “Sesungguhnya, setelah lebih empat dekad berlalu seperti dipertentukan oleh Yang Maha Kuasa, dan tertulis dengan kehendak-Nya jua, pemerintahan beta pada kali dulu dan kali kedua ini, berpeluang menerima khidmat daripada dua Perdana Menteri yang mempunyai pertalian darah.

“Pertamanya semasa zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak. Kini pula pada kala tampuk kerajaan di bawah pimpinan anakandanya, yakni Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” titah baginda. (sumber)


Sejarahhhhh tu.....

TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah melafazkan ikrar sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, semalam. Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
kali pertama jadi Agong... segak dan bergaya...
PERTABALAN Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 21 September 1970 diiringi Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak.  
kali kedua jadi Agong .... tetap segak dan bergaya... cuma dah kecik sket...
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 diiringi Perdana Menteri kini, Dato Seri Najib di Istana Negara, semalam.
DAULAT TUANKU!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke