Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

26 April 2012

Perpisahan Melanda Opis


Arini merupakan hari perpisahan dan juga hari terakhir bagi pegawai-pegawai di opis Dee yang telah dinaikkan pangkat dan perlu bertukar keluar.  Nak buat camne, demi peningkatan kerjaya pengorbanan perlu dilakukan.

Maka dengan itu, terdapat beberapa emel ucapan perpisahan yang boleh kitaorang terima melalui webmail opis.  Ada kata-kata yang dapat membuatkan kita sedih, ada kata-kata yang memberi semangat dan juga ada kata-kata yang adakalanya menyindir... walaubagaimanapun, perpisahan tetap perpisahan.. tetap menyedihkan..

Dan disebabkan itu juga, Dee ditugaskan untuk mengarang satu ucapan perpisahan daripada Pengarah kepada pegawai-pegawai yang bertukar tu... aduiiii.. dah ler banyak keje... tapi takpe.. seperti biasa Dee search kat mr google tengok kut2 ada ucapan perpisahan yang boleh Dee buat contoh.. tapi malangnye, kebanyakkan ucapan adalah ucapan untuk persaraan, bukan perpisahan sempena kenaikan pangkat atau bertukar..

Lastly, terpaksa la Dee baca balik emel2 dari pegawai-pegawai yang bertukar tu bagi mendapatkan 'feel' sebelum mengarang ucapan Pengarah... dengan sendirinya idea Dee datang... dan inilah hasil nye... meh nak tunjukkan...


Pihak Pengurusan Kolej Matrikulasi Kedah mengucapkan
TAHNIAH dan Selamat Maju Jaya kepada semua pegawai
yang telah dinaikkan pangkat dan bertukar ke tempat
berkhidmat yang baru.

Pihak Pengurusan Kolej Matrikulasi Kedah juga merakamkan
setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan TERIMA KASIH
di atas segala sumbangan, jasa-jasa besar dan khidmat bakti
yang telah dicurahkan demi memastikan kejayaan
dan kecemerlangan KMK.

Tiada bahasa yang paling indah untuk diucapkan selain doa
dan harapan agar segala sumbangan dan jasa bakti tersebut
dirahmati dan diberkati Ilahi serta tergolong sebagai
amal khair yang mendapat ganjaran berganda dari Allah SWT.

Akhir kata, pihak Pengurusan Kolej Matrikulasi Kedah sekali lagi
mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan semoga tuan/puan
dapat terus menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab dan amanah serta dapat mengekalkan komitmen
yang tinggi bagi memastikan kejayaan Program Matrikulasi.

Bunga kemboja  indah berseri,
Duduknya pula di hujung dahan,
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi,
Puji syukur dan terima kasih saya ucapkan.


Boleh tak? Pantun tu Dee cut & paste kat internet... dh lupa source dia... ada jugak kata2 tu yang Dee cedok dari ucapan-ucapan tertentu...

2 comments:

ZSqueenbee said...

ermmmm sedih jugak kn..inshaAllah kita pun sme meningkat naik nnti..hihi...

Dee said...

queen: insyaallah.. mudah2an...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke