Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

29 May 2012

Kerana sikap ambil mudah


Dah lama tak update blog...

Bukan disebabkan takde idea nak menulis, cuma kehilangan mood seketika.  Hari ini Dee akan menulis tentang sesuatu yang agak mengecewakan Dee. Sesuatu yang mungkin dapat dielak sekiranya segelintir penjawat awam ini tidak mengamalkan sikap ambil mudah.

Ya, memang betul kita perlu redha dengan ketentuan Allah. Apa yang telah terjadi merupakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Nya. Walaubagaimanapun, bagi Dee kita sebagai manusia biasa dan juga hambaNya yang lemah, perlu berusaha untuk mencapai sesuatu. Dan jika kita sudah tahu jalan dan cara untuk mengelak sesuatu musibah atau malapetaka, kita perlu berusaha ke arah jalan itu. Tetapi sebaliknya jika kita hanya membiarkan sahaja ianya berlaku dan hanya tunggu apa yang akan berlaku, sudah tentu akan mewujudkan perasaan ralat atau menyesal di kemudian hari.

Apa yang Dee nak kaitkan di sini adalah tentang kejadian di sebuah hospital di daerah Manjung Perak.  Kejadian ini berlaku kepada adik Dee yang baru menimang cahayamata ketiga dan baby yang ditunggu ini merupakan seorang baby lelaki. Adik Dee telah mempunyai dua orang cahayamata perempuan sebelum ini.  Sebelum Dee meneruskan cerita selanjutnya... entry pada kali ini lebih kepada mengaitkan beberapa aduan terhadap layanan dan servis yang diberikan oleh pihak Hospital Seri Manjung, Perak.

Sebelum ni, dalam entry2 Dee yang lepas, Dee tidak suka mendedahkan secara direct tentang nama tempat atau orang terlibat. Tetapi dalam entry kali ni, Dee rasa elok untuk Dee mendedahkannya. Supaya dapat menjadi iktibar kepada insan lain.

Di bawah ini adalah antara aduan-aduan yang Dee dapat setelah Dee search MR.GOOGLE:-

1.  Pesakit Barah Diseksa Mati Di Hospital Kerajaan
2.  Surat terbuka untuk kakitangan Hospital Seri Manjung yang tak buat kerja
3.  Kecuaian Doktor Semasa Merawat Ibu Bersalin
4.  Layanan Buruk Pembantu Pegawai Perubatan

Setakat ini dulu entry Dee kali ni... esok Dee akan citerkan tentang apa yang telah berlaku kepada adik Dee...

1 comment:

Pen Biru said...

rasanya mcm dpt agak apa yg jadi.dulu, emak sy pun pernah kena maki dgn dokter.dia kata mcm2 kt mak sy.padahal mak sy itulah baru 1st time brubat dgn hosp kerjaan.dia x tau adik sy pun dokter.dian ingt kita org kampung tak reti apa. sekali ada sy sound dia, speaking..baru dia terdiam..sakitnya hatii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke