Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

8 October 2012

Nape Perut Tetiba Naik a.k.a. buncit Nih???


Tu ler soalan pagi kelmarin... dan jadi topik perbualan antara Dee dengan sorang opismate.

Dan kesimpulan yang kitaorang buat pagi kelmarin tetiba pagi ni Dee jumpe dalam Health MyLaunchPad... oleh Kevin Zahri... meh Dee cut and paste kat sini... tak salah untuk share info yang berguna kannnn....


Betulkah berat badan naik semasa haid atau mitos semata? Memang ini perkara yang benar dan berlaku untuk kebanyakan wanita. Apa penyebabnya berat badan boleh meningkat?

Takungan air (water retention)
Kebiasaannya berat bertambah di sebabkan takungan air dalam badan ataupun edema. Jangan risau, ianya normal di sebabkan perubahan hormon yang terjadi semasa haid. Wanita menyimpan lebihan air di bahagian tertentu seperti di lengan dan perut.

Kembung perut (bloating)
Pengumpulan gas di dalam usus adalah penyebab kembung perut semasa haid. Ianya di sebabkan perubahan dalam badan dan di sebabkan tidak aktif sebelum dan semasa haid. Ia juga boleh terjadi akibat sembelit yang kebiasaannya terjadi semasa kitaran haid.

Nafsu makan
Ini selalunya terjadi kepada wanita yang mengalami PMS (premenstrual syndrome). Keinginan untuk makan akan meningkat dan mungkin akan melebihi jumlah kalori yang diperlukan dalam badan terutamanya apabila mengalami pendarahan yang banyak.
 
Kekurangan gula dalam darah
Tahap Magnesium berkurang ketika haid dan ini menyebabkan penghasilan insulin menjadi rendah. Wanita semasa haid lebih mudah mengalami kekurangan gula dalam darah. Jadi, badan secara automatik akan mewujudkan nafsu makan yang tinggi untuk mengembalikan tahap gula dalam darah yang normal.

Cara untuk mengelakkan daripada berlaku?
• Kurangkan pengambilan sodium. Ia akan mengurangkan takungan air dalam badan.
• Bersenam untuk menjadikan diri lebih cergas dan mengelakkan berat badan bertambah.
• Makan makanan yang berkhasiat dalam jumlah kalori yang di perlukan sahaja.
• Elakkan makan makanan yang berkalori tinggi seperti coklat dan pizza.
sumber :   Health@LaunchPad

4 comments:

Pen Biru said...

arwah wan sy penah pesan..jgn makan nasi bersulam air..mkn dulu..nak minum lepas stgh jam makan..

Pen Biru said...

arwah wan sy penah pesan..jgn makan nasi bersulam air..mkn dulu..nak minum lepas stgh jam makan..

Dee said...

penbiru: rasanya petua tu betul la... tgk kwn2 yg amalkan gitu mmg xde perut buncit...

misz_eyza said...

perut buncit tanda senang hati hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke