Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

7 October 2012

Tawassul Rasullullah SAW


Salam sahabat....

Wahhh tetiba Dee terasa seperti nak bagi hujah agama la pulak... uishhh idak... siapalah Dee ni nak berhujah tentang agama... ilmu belum cukup di dada...

Cuma melalui entry kali ni Dee nak berkongsi satu ilmu yang Dee perolehi... dan ilmu ini Dee dapat pun bukan dari orang lain, dari kakak Dee jugak...

Alkisahnya... kehidupan Dee sejak 3 tahun kebelakangan ni sentiasa diduga dengan perkara-perkara yang sangat mencabar kesabaran. Dan akhir-akhir ni, Dee diduga dengan perkara yang benar-benar boleh membuatkan seorang manusia normal dan waras menjadi seorang manusia yang tidak normal dan tidak waras... hahhh.. leh bayang betapa teruknya dugaan tersebut...

Sehinggalah kesihatan Dee mula terjejas dan emosi sentiasa tidak stabil... dan kebiasaannya jugak.. bila Dee dah tak boleh nak kawal perasaan, Dee akan gi ngadap salah seorang kakak Dee yang tinggal berhampiran dengan rumah Dee dan juga amat rapat dengan Dee...

Melihatkan keadaan Dee yang semakin teruk, kakak Dee minta Dee buat 'TAWASSUL RASULLULLAH SAW'.. kakak Dee kemudiannya menerangkan kepada Dee apa itu tawassul Rasullullah SAW.. penerangan yang diberikan agak terperinci dan dia pastikan Dee betul-betul faham supaya amalan tersebut nanti tidak salah.

Dan Alhamdulillah... selepas beberapa kali Dee amalkan tawassul... Allah telah permudahkan sedikit demi sedikit perjalanan dugaan tersebut.. Alhamdulillah... segalanya adalah atas ketentuan Allah SWT jugak kan... 

Kat sini Dee share tiga website yang membicarakan tentang Tawassul Rasullullah SAW...


Seperti yang Dee katakan di awal entry tadi... belum cukup ilmu Dee untuk terangkan apa itu Tawassul Rasulullah SAW... risau tersilap maklumat nanti.. oleh itu wahai sahabat (hehe...)... boleh la dapatkan maklumat-maklumat tentang Tawassul kat website2 tu yer... baca dan fahami dulu apa itu Tawassul...



1 comment:

mrs eyza said...

ala cer teraNG SKIT2 apa itu tawassul... malas nak gi tgk web2 tu semua...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke