Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

7 October 2012

Sesi Santai Release Tension Ibu dan Anak


Bersesuaian dengan tajuk entry... memang ibu dan anak dalam keadaan tension... walaupun sebenarnya ibu yang tension, dan anak yang nak amik exam cooollll jer...

Last Friday... hehe... Jumaat yang lepas... Dee bawak anak2 gi Ladang Anggur kat Tasik Beris, Sik, Kedah.. Dee pasti ramai dah yang pernah ke sana.. rasa-rasanya Dee jer kut orang Kedah yang tak pernah jejak kaki ke sana... huhu...

Alkisah camne Dee bleh nak ke sana adalah apabila ada seorang sahabat Dee kat Penang bertanyakan jalan nak ke sana. Tetiba baru Dee tersedar... ehhhh Dee belum pernah ke sana la... huhu... malunyeee... tapi takpe, tetap control ayu dan buat pengakuan ikhlas... walaupun i ni orang Kedah, tapi i nak buat pengakuan ikhlas ler.. i tak pernah ke sana... hehe... pastu ha amikkkk... dia bantai ngutukkkk... huhu...

Oleh itu, keesokkan harinya, tanpa berlengah lagi Dee trus dapatkan maklumat dari kawan2 kat opis camne nak ke sana... dalam masa yang sama dapatkan jgk maklumat dari En. Google...

Maka dengan itu... hari Jumaat yang lepas... Dee terus bawak anak2 gi LADANG ANGGUR, Tasik Beris, Sik Kedah.. perjalanan yang agak tak jauh sangat... dan akhirnya Dee sampai jugak ke destinasi... 

Selepas ni... leh la Dee bercerita kat kawan2 yang tak pernah pegi ke sana... leh la Dee bagi petua camne nak pi...
manis buah anggur kat sini... beli yang siap dikutip.. still rangup lagi...


Anggur hitam... tapi xmasak lagi nih.. kecik lagi.. nmpk tu si Aidil yg terlalu teruja...

Pemandangan Tasik Beris

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke