Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

26 November 2013

Adakah ini KARMA atau BALASAN....


Orang cakap KARMA itu ada... tapi Dee pernah menulis tentang "Hukum Karma.. Adakah Menurut Islam"

Tetapi kan... apa yang Dee nak tuliskan nih... mungkinkah ini layak digelar KARMA atau BALASAN....

KES 1

Dee pernah lukakan hati seseorang yang amat sayangkan Dee dan Dee juga terlalu sayangkan dia... disebabkan oleh kata-kata seseorang yang Dee sangat percayai, maka Dee putuskan hubungan dengan seseorang yang Dee amat sayang nih... putuskan dengan secara tiba-tiba... tanpa sebarang alasan yang kukuh... Dee tahu dia amat terluka... Dee tahu dia menangis... tetapi sesungguhnya Dee tiada kata-kata untuk melafazkan sebab-sebab Dee putuskan hubungan.... setiap panggilan telefon dan setiap sms yang dia hantar tidak Dee balas... walaupun pada ketika itu, keinginan di hati sangat membuak2 untuk membalasnya.. tetapi Dee kuatkan semangat dan tetapkan hati untuk membiarkan ia begitu sahaja.. sehinggalah tiada lagi panggilan telefon dan sms dari dia... senyappp....

kini...

segala yang pernah Dee lakukan dan buat pada dia aritu, telah berlaku pada diri Dee sendiri... kini dia kembali ke sini... walaupun tidak pernah bersua, tetapi kelibat dirinya sentiasa dapat Dee lihat... tetapi bukan secara live ler, hanya gambar di FB kawan2 dia yang dpt Dee lihat... terubat juga rindu... dia tidak lagi mahu berhubungan dgn Dee walau hanya sebagai kawan...

KES 2

Seseorang yang terlalu menyayangi diri Dee.. telah menzahirkan kasih sayangnya melalui kata-kata dan juga gambar-gambar di FB dan ditagkan ke FB Dee... kasih sayang untuk dirinya juga ada.. cuma pada ketika itu, Dee belum dapat menerima dirinya sepenuhnya.. memandangkan dialah insan yang mengucapkan kata-kata yang membuatkan Dee buat keputusan untuk putus dengan insan yg Dee sayang.. Hakikat sebenar, kasih sayang antara Dee dan dirinya hanya benar-benar wujud selepas Dee putus dengan insan yg Dee sayang dulu. Dee abaikan segala kata-kata dan luahan kasih sayangnya pada diri Dee... Dee hanya biarkan begitu sahaja tanpa sebarang komen. Tambahan pula hati ketika itu marah apabila mengetahui bahawa kata-kata tentang insan yg Dee sayang hanya semata2 untuk buatkan Dee tinggalkan insan tersayang...

kini...

segalanya yang pernah Dee buat pada dirinya berlaku pada diri Dee... semuanya hanya setelah Dee mengetahui sebab semuanya berlaku... kini kasih sayang adalah seikhlasnya kepada dirinya.. tetapi kini, dia tidak lagi mengirimkan kata ucapan kasih sayang di wall Dee.. sebaliknya Dee pula yang begitu... Dee pula yang tagkan gambar2 kat wall FB dia... dan dia, seperti juga Dee dulu tidak memberi sebarang komen... walaupun hakikatnya hubungan Dee dengan dia semakin baik... tetapi dia seolah2 tidak yakin pada diri Dee...

hmmm.... adakah ini KARMA tau BALASAN...?!?!

apapun Dee redha atas ketentuanNya....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke