Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

29 July 2008

Pertemuan dan Perpisahan....

"JiKa iNdaH sAtu peRteMuaN jAnGaN DiaKhiRi DenGaN PerPiSahAaN
JiKa SuCi sAtU PeRkEnaLaN jAngAn diCemAri DeNgaN PenDustAaN
JiKa BerNiLai SeBuaH pErhuBunGan HarGaiLaH dEnGaN KeiKhLasAN"

bermakna tul kata-kata tuh... aku ni kalau terjumpa dengan kata2 yang penuh bermakna memang aku akan ambik buat collection...pastu kongsi dgn kawan2... pastu kalau rajin, kaitkan dengan kehidupan aku sendiri.. tapi rasanya kata2 ni mesti berkaitan dengan kehidupan setiap orang...

sememangnya pertemuan itu selalunya sesuatu yang manis.. walaupun ada gak pertemuan yang memberikan kepahitan.. tetapi pertemuan itu akan menjadi lebih pahit sekiranya diakhiri dengan perpisahan.... pertemuan dan perkenalan itu seharusnya disulami dengan keihklasan dan kejujuran ... kejujuran amat memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu perkenalan itu kekal lama... perkenalan yang disulami dengan pendustaan akan memberikan satu impak yang kekal dan menimbulkan rasa kekecewaan yang amat sangat... kemungkinan sesuatu perkenalan yang telah didustai itu tidak akan lagi mempunyai kemanisan dan kemungkinan tiada lagi rasa kepercayaan di antara dua insan di dalam satu persahabatan...

bagi aku sendiri.... keikhlasan dan kejujuran amat penting... keikhlasan dan kejujuran aku letakkan pada tahap yang tertinggi dalam sesuatu perkenalan dan persahabatan... aku juga seboleh-bolehnya akan cuba berlaku jujur dalam bersahabatan dan perhubungan... dan aku juga seboleh-bolehnya perlu tabahkan hati kerana dalam perhubungan yang berlandaskan keikhlasan dan kejujuran, kita perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan....

1 comment:

ras-adieza said...

kejujuran itu penting untuk kita melangkaui kehidupan yang bermusim. kehidupan di langit dan di bumi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke