Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

4 August 2008

Gemersik kalbu.....

kadang kala hati ini terasa seolah-olah terisi dengan kehadirannya... kenapa perlu ada perasaan sebegitu... adakah aku kesunyian atau adakah aku dahagakan kasih sayang... rasanya tidak... setiap masa ku terisi dengan agenda-agenda seharian yang tidak pernah memberikan aku ruang yang terluang untuk aku merasa sunyi... setiap sudut hati aku dilimpahi dengan curahan kasih sayang yang tidak bertepi yang tidak memberi peluang untuk aku merasa dahaga...

tetapi... kenapa perlu ada perasaan sebegini... kehadirannya membawa bersama secebis perasaan terus terpalit di hati ini.... aku amat berharap agar perasaan ini hanya sementara dan tidak berpanjangan.... aku berharap agar rasa ini hanyalah satu salah faham di hati aku... dan salah faham ini lama kelamaan akan terungkai dan memberikan aku satu penjelasan yang tidak mempunyai makna....

tetapi... ada ketikanya aku merasa tamak... biarlah perasaan ini terus bermain di hati aku... sememangnya ianya memberi bunga-bunga kebahagiaan yang tidak terhingga kini... aku bahagia, aku gembira.... hati aku kembang sekembang bunga-bunga di taman kalbu.... biar lah aku merasa begini selama-lamanya.... kerana sememangnya aku tahu... perasaan ini hanya di hatiku, tidak di hati dia dan tidak di hati sesiapa... jadi kenapa perlu aku menepis dan membuang ia jauh... biarlah aku tamak untuk diriku... tamak yang tidak menjejaskan sesiapa...

biarlah.... selagi aku dan dia masih begini... tiada pengakuan, tiada perjanjian, tiada sebarang luahan... selagi itu aku akan simpan perasaan ini di hati ku... biar lah begini.... cuma kadangkala aku terfikir, adakah aku bersalah untuk mempunyai perasaan begini...

biarlah... rahsia di hati tak siapa yang tahu....

2 comments:

tinta rindu said...

its ok since you know who u r, perasaan adalah mainan hidup, that why i still cry when i am alone coz perasaan mengatasi segalanya

odie said...

kak memang memahami... hanya jiwang memahami jiwang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke