Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

5 July 2009

Anugerah Cemerlang

Hari Khamis ari tu... ofis aku ada buat majlis bagi meraikan kakitangan yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2008. Biasanya setiap tahun majlis ini akan diadakan secara rotate antara kolej... time aku terima dulu tahun 2005 aku gi Melaka... tapi tahun ni terpaksa diadakan di kolej masing2 sebab masalah peruntukan kewangan yang kureng... tapi takpe, majlis tetap meriah...
backdrop utk majlis tuh... dari jauh jer la... sbb aku kat belakang...
Seramai 20 orang kakitangan telah terpilih untuk menerima anugerah... majlis bermula jam 2.00 petang dan berakhir lebih kurang jam 4.30 petang... memang meriah... ketibaan calon penerima anugerah dibawa ke dewan dengan menaiki bas kolej pastu turun betul2 depan pintu dewan... kemudian dengan iringan kompang, mereka berarak masuk ke dewan dengan diiringi bunga manggar... orait ler tu... kitaorg dulu takde pun gitu...

calon anugerah diarak masuk ke dewan...

Pastu ada persembahan koir (dah jadi kebiasaan...), nyanyian pelajar yg akan mewakili kolej ke pertandingan kokurikulum kebangsaan dan yang pastinya selepas majlis tu... ada jamuan lagi...

dan aku.... hehehe....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke