Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

14 July 2009

SMS yang tak pernah delete...

Pepagi tadi on the way ke ofis... dgr Sinar FM... topik pagi ni... "sms anda yang tak pernah delete..." pelbagai respon diterima dari pemanggil... ada sms cerai ler, sms ex boyfriend ler dan macam2 sms lagi...

Tetiba aku teringat... aku pun ada gak sms yg aku simpan tak pernah delete... dan takkan aku delete rasanya... sms tu aku terima time aku ada masalah... berat gak masalah tuh... kat ofis seboleh2nya aku tak mo ler tunjuk aku ni dok ada masalah... so aku buat cam biasa jer tunjuk happy jer la.... rupa2nya ada seseorang yg terperasan kelainan kat wajah aku time tu... dia datang bilik aku dan borak cam biasa jer... tetapi on the way dia nak kuar dari bilik aku tu, dia berenti jap kat pintu, pastu dia tanya... "ada sesuatu yg mengganggu fikiran ker..?" aku terkejut gak, tapi buat relax jer... aku tanya nmpak sgt ker? dia senyum jer pastu kuar...

Pastu tetiba aku dapat sms dari dia.... camni bunyi nyer...
"KADANG2 ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MATAHARI, KEMUDIAN DIA DATANGKAN PULA GURUH DAN KILAT.. PUAS KITA MENANGIS MENCARI MANA MATAHARI, RUPA2NYA ALLAH HENDAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH.."
Aku pasti org lain pun pernah terima sms ayat yg sama... tapi bagi aku ianya begitu bermakna sebab kebetulan time tu mmg aku bermasalah sgt2... selepas terima sms tu aku rasa seolah2 tenang dan 'sejuk' jer fikiran aku... terus aku berserah pada Allah utk mohon bantuan bagi menyelesaikan masalah aku tuh... kengkadang kita ni lupa dan perlu diingatkan... sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya....

Orang yg antar sms tu sebenarnya kaunselor kat ofis aku nih...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke