Terkezut semalam tgk news... botol susu polikarbonat diharamkan....????!!!!????
Rupa-rupanya selama ini ibu-ibu yang berkenaan telah meracun anak sendiri... termasuklah Dee sendiri... bayangkan ler... anak Dee 5 orang... setiap seorang tu minum susu botol sampai umur 5-6 tahun.... sila bayangkan.... rupa2nya kita meracun anak kita sendiri...
Dan yang lebih mengejutkan... rupa2nya negara-negara lain kat luar sana memang dah lama mengharamkan botol susu polikarbonat nih.... nape Malaysia baru sekarang sedar tentang mende nihhhh.... dah tu pulak nape siap bagi masa lagi lak tu.... pengharaman ni berkuatkuasa 1 Mac 2012..????!!!
Sat nak petik kata2 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai...
Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan "Bisphenol A" ialah bahan kimia industri yang ditambah yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,"
Kesan BPA ni ke atas lelaki, wanita dan kanak2:
• Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
• Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
• Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
• Masalah kegemukan atau obesiti
• Kecacatan pada bayi baru lahir
• Menambahkan risiko kematian bayi
• Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
• Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
• Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
Kod atau label pada botol yang perlu kita ketahui:
no. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA |
PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparent/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Botol ini dicadangkan hanya untuk sekali pakai. Jangan pakai untuk air hangat apalagi panas. Buang botol yang sudah lama digunakan.
• HDPE (high density polyethylene)
HDPE (high density polyethylene) biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu. Sama seperti PET, code ini juga dicadangkan hanya untuk sekali pemakaian.
• PVC (polyvinyl chloride)
PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang biasa dijumpai pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC iaitu DEHA yang terdapat pada plastik pembungkus dapat bocor dan masuk ke makanan berminyak bila dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.
• LDPE (Low density polyethylene)
LDPE (low density polyethylene) biasa dipakai untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembik. Barang-barang dengan code ini baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibel tetapi kuat. Barang dengan code ini tidak dapat dihancurkan tetapi tetap baik untuk tempat makanan.
• PP (Polypropylene)
PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk yang berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk bayi. Rupabentuk botol adalah biasa iaitu botol transparent yang tidak jernih. Cari simbol ini bila membeli barang berbahan plastik.
• PS (Polystyrene)
PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dll. Bahan Polystyrene boleh membocorkan bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem saraf. Selain tempat makanan, styrine juga biasa didapati dari asap rokok, asap kenderaan dll. Bahan ini harus dihindari dan banyak negara termasuk Amerika sudah melarang pemakaian tempat makanan berbahan styrofoam termasuk negara China.
• OTHER (acrylonitrile butadiene styrene acrylic, polycarbonate, polylactic acid, nylon, fiberglass) Other (biasanya polycarbonate) biasanya didapati di tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga.
sumber :http://priyasha.wordpress.com
Kesimpulannye sekarang nih wahai ibu2 sekalian.... cepat2 ler bertukar ke botol2 bebas BPA... setelah saya menggoogle tentang botol2 bebas BPA ni... ada beberapa jenama yang ada menjual botol susu bebas BPA... walaupun harganya agak berpatutan, tapi demi keselamatan anak2 berkorban sedikit wang ringgit.. sesungguhnya nyawa tidak dapat ditukarganti dengan wang ringgit... betul tak?
Dee sendiri... ada dua orang lagi anak yang masih menggunakan botol susu... nampaknye demi kesihatan anak2 pada masa hadapan Dee nekad menukar botol yang sedia ada dengan botol susu bebas BPA...
Takkan nak tunggu hari terakhir 1 Mac 2012 baru nak tukar kutttt... almaklum ler... dah jadi adat orang2 kat negara kita ni tunggu hari terakhir untuk bertindak... kannnn....????
ni ler budak dua org tuh... yg masih minum susu botol..... |
No comments:
Post a Comment