Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

15 March 2011

Siapa la yang tak nak cantik.....

Pinjam kata2 Datuk Dr Noordin Darus,

"kecantikan seorang wanita adalah apabila wajahnya bersih seolah2 baru lepas mandi"

ni first time Dee dengar orang describe kecantikan seseorang wanita sebegitu... bila dibayangkan... wanita yang baru lepas mandi, wajahnya bersih dari sebarang mekap.. kecantikannya adalah asli... kulitnya lembab dan segar jer.... leh bayangkan takkk??? sila bayangkan sendiri....

cantik itu sendiri adalah subjektif... setiap orang akan menilai kecantikan itu berdasarkan pandangan dan pendapat peribadi... oleh itu, adakalanya seseorang itu dilihat cantik di mata kita, tetapi tidak cantik di mata orang lain dan begitu lah sebaliknya...

bagi Dee sendiri... cantik itu melibatkan semua faktor... cantik dari faktor wajah, tubuh badan, sifat, sikap dan yang lebih penting hati... pernah tak mendengar ungkapan, "kecantikan lahir dari hati.."??? bagi Dee itu adalah tepat.. jika hati kita bersih dari sebarang hasad dengki, iri hati dan bersifat dendam... hati yang bersih akan tergambar di ruang wajah kita... dan Insyaallah dengan hati yang bersih, wajah yang tidak cantik akan menjadi cantik secara semulajadi...

Dan di sini Dee nak kongsikan sesuatu... pengalaman Dee dalam menjaga kulit muka... dah lumrah wanita kan... kita mesti nakkan wajah kita sentiasa cantik dan kulit wajah yang sentiasa bersih tanpa cela... Dee pernah menggunakan pelbagai produk untuk kecantikan luaran wajah... sepanjang penggunaan produk2 tersebut, pernah terjadi kulit muka Dee rosak di mana wajah Dee ditumbuhi tompok2 hitam tapi bukan jeragat... pastu kat opis kengkawan dok tanya apasal muka jadi gitu.. ada gak yg bertanya parut demam campak ker tu... sila bayangkan betapa teruknya keadaan time tu... rupa2nya produk yg Dee gunakan tu mengandungi racun yang biasa terdapat dalam alat solek tempatan.

Alhamdulillah semua episod ngeri tu dah berakhir... walaupun masih ada setompok dua kat muka Dee ni tapi ianya tidak ketara... yang menjadi masalah utama Dee sekarang ialah kulit muka Dee mudah berpeluh dan berminyak... kalau Dee mekap awal pagi ke opis, tengahari jer kulit dah berminyak walaupun dok dalam opis yang berhawa dingin.. mekap pun macam dah tak real jer lagi dah... tapi kini Dee dah jumpa satu produk yang bagi Dee istimewa dan kalau tak keterlaluan Dee gambarkan ianya sebagai 'MIRACLE'.

1st day Dee pakai produk ni... time tengahari Dee gi tido sebab tak sihat... kat opis nih... Dee tido dengan mekap masih ada kat muka... kalau kebiasaannya bila kita tido muka penuh mekap, bila bangun sure berminyak2 kan kulit muka tuh... tapi ari tu.. Dee tido start kul 1tgh smpi kul 3 ptg (sbb tak sihat tau.. bukan ngelat...) bila bangun Dee tengok kulit muka masih moisture.. masih lembab... tidak berminyak2... dan kulit nmpk cantik sgt... mekap lak masih elok jer... bukan rekaan tau.. ini betul2 nyer kenyataan...

Produk ni didatangkan dalam bentuk krim (lebih kepada moisturiser cream) dan juga minuman kecantikan (untuk mendapatkan kesan yang lebih serta merta...)

Oleh itu... di sini... kalau kengkawan ingin tahu apakah produknyer... leh ler antar emel kat Dee yer.... odie_rb@yahoo.com.... insyaalah Dee takkan kedekut dalam menyampaikan maklumat...

1 comment:

far_east said...

naper kak dee x upload pic wajah lepas bangun tido pakai produk AJAIb tue?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke