Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

17 April 2011

Hebat Sungguh Lakonan… Layak Dapat Award nih…

Sedih sangat… orang yg begitu rapat dengan kita… orang yg begitu kita percayai… orang yg berkongsi segala masalah suka dan duka… rupa-rupanya seorang yang bermuka2… rupa-rupanya orang yang tidak sukakan kita… rupa-rupanya orang yg tikam kita dari belakang…

Dulu… bukan tidak pernah terjadi perkara yang sama…
tapi dulu masih muda… masih belia… masih kecil… dan mungkin sikap yang begitu merupakan sikap seorang yang belum matang… sikap seorang yang belum dapat membezakan mana yang betul mana yang salah… dan adalah normal sikap begitu pada seorang kanak-kanak yang cemburukan kanak-kanak yang lain…

Rupa-rupanya sikap zaman kanak-kanak berkekalan sehingga dewasa…

Kenapa perlu bermuka-muka… kenapa perlu berpura-pura… semuanya hanya lakonan semata-mata… sedih sangat bila perkara sebenar diketahui… sedih sangat bila sikap dan sifat baik selama ini hanyalah pembohongan belaka…

Sedih kan… bila kita dapat tahu orang yang rapat dan kita percayai… rupa-rupanya memburuk-burukkan kita di belakang… mengata-ngata di belakang… menjatuhkan martabat kita di depan orang lain… agaknya apa yg berlaku sekarang merupakan satu rancangan dia??? dan setelah rancangannya berjaya, maka kita diketawakannya… dengan penuh rasa kepuasan… melihatkan kejatuhan orang lain…???

Tidak mengapa… dalam keadaan hati yang kecewa dan sedih ini… akan dipanjatkan segala doa dan diluahkan segala kesedihan dan kekecewaan kepada Allah Taala sahaja… tidak lagi meletakkan seluruh kepercayaan kepada insan yang bernama manusia… Insyaallah… menyerahkan diri kepadaNya akan diberikan petunjuk dan hidayah dalam mengharungi segala masalah… mudah-mudahan dibukakan hati orang yang berkenaan untuk bertaubat dan sedar bahawa sikap dan kelakuannya itu sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak bermoral….

13 comments:

mrs eyza said...

sapa tak sedih kan jadi mcm tue..dah jadi benda biasa pulak kawan makan kawan..yang penting sekarang nie berserah pada Allah s.w.t jer...

Unknown said...

sya penah merasa pengalaman di tikam dr belakang oleh teman paling rapat....sgt pedih rasanya...;( oleh itu sya sgt2 memahami kesedihan yg deeya alami skrg....

Dilla Ady said...

sabar jek la eh deeya..

takpela, ari ni ari org tu esok2 ari deeya kite tak tau pulak..

sbb tu bahaya kite percaya 100% kat org walaupun org tu baik sgt kt kite..

Dee said...

thnx dilla...

Dee said...

thnx mamamya... coz memahami... mmg sedih lg nih...

ZSqueenbee said...

Salam perkenalan..bykkn bsabar..yg sebegini biasa berlaku..

Sudi² memfollow blog sye..

Precious Ziela said...

byk kan bersabar..berserah je padaNYA..dan jadikan lah ini satu pengajaran di masa akn dtg.. chill :)

Dee said...

thnx zsqueenbee.. sure.. i follow u..

Dee said...

betul tu ziela... mudah2an dia diberikan hidayahNya...

Ibu Darwisy said...

salam pekenalan kak diya..
moga allah shj yg dpt membalas akibat perbuatan nye..

Dee said...

salam kenal dear ibu darwish yg comey lotey.... itu la.. mmg berserah kpd Allah jer la...

Zana Adieyza said...

banyakan bersabar yer.. anggap semua ni sbgai pengajaran terbesar dalam hidup.. kuatkan semangat k..

take care dear..

ZZnoor said...

mm...dugaan..
salam ukhwah...
zizi here...
kindly visit my blog...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke