Wajah bersinar bak bulan purnama.
Putih kulit bak kapas dipusar.
Rambut ikal mayang mengurai.
Hidung mancung bak seludang.
Pipi licin bak pauh dilayang
Pinggang ramping bak kerengga.
Bibir cantik bak delima merkah.
Mulut mungil bak seulas limau.
Betis berisi bagaikan bunting padi.
Lenggang menawan bak itik pulang petang.
(sumber: Berita Harian, 9/5/11)
Indahnya gambaran tentang seorang wanita... Kecantikan bagi seorang wanita adalah sesuatu yang perlu. Kecantikan itu sendiri subjektif. Ada yang kata untuk cantik luar, kena cantik dalam. Meaning kalau hati itu bersih, maka tergambarlah wajah yang bersih. Jikalau hati itu kotor, maka tergambarlah di wajah rupa yang 'keruh'. Apa yang ada di hati tergambar lah di wajah.
Namun, cantik yang Dee nak cakap kat entry nih.. cantik yang menjadi keutamaan kebanyakan wanita sekarang nih.. cantik yang tidak mementingkan lagi apa yang ada di hati.
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya ingin tampak cantik dan sempurna. Bagi wanita pula, naluri untuk kelihatan cantik sememangnya tidak pernah luput dalam diri, bahkan ada berkata bukan wanita namanya jika enggan kelihatan sentiasa cantik, muda atau bergaya. Sekalipun bukan untuk tatapan orang lain, sekurang-kurangnya untuk kepuasan diri sendiri. (sumber Berita Harian, 9/5/11).
Kecantikan wanita zaman kini susah dinilai samada ianya original atau tiruan. Semulajadi atau suntikan atau pembedahan plastik? Sebabnyer... zaman teknologi... banyak kemudahan yang boleh digunakan untuk mempercantikkan wajah. Malah untuk memutihkan kulit sekalipun telah ada teknologinya.
Wahai wanita.. biarlah kita cantik berpada2.. dan janganlah menidakkan bahawa kita satu hari nanti tetap akan tua. Itupun sekiranya diizinkanNya untuk mengecapi hari tua.. bersyukurlah kita dengan apa yang ada.. kecantikan itu sememangnya sementara.. seumpama jasad kita yang hanya dipinjamkan buat sementara juga.. oleh itu... janganlah terlalu taksub untuk mengubah ciptaanNya...
Nak jadi camni ker... nak elok, nak cantik.. last2 hodoh jugak jadinya... Nauzubillah....
(sumber: Berita Harian, 9/5/2011) |
2 comments:
menjaga & mengubah tak sama... lebih baik menjaga kecantik dr mengubahnya.. memang takde siapa mampu mengubah ciptaan Allah.. even cuba di ubah pun akan tetap nampak plastik walau nampak cantik. Keaslian tu takkan mampu menandingi apa yang di jadikan Allah
betul tu.. akak setuju sgt2!
Post a Comment