Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

20 September 2011

Sokongan yang kuharapkan...


Korang.... apa perasaan korang bila diberitahu bahawa hubungan yang korang jalinkan sekarang dengan seseorang tak akan mendapat restu keluarga? Rasa camne...

Sedih tak..?

Itu la yg Dee rasa sekarang ni... tujuan Dee menceritakan dan mendedahkan hubungan Dee dengan 'seseorang' kepada seseorang yang mmg rapat sangat dengan Dee adalah semata2 untuk berkongsi sedikit kebahagiaan... Dee hanya nak memberitahu... nak bercerita...


Tetapi apa yang Dee terima adalah amat 'mengecilkan hati' (sesuai tak perkataan tu... blasah jer lah)... mana tidaknyer... dia dengan terang2an menolak hubungan Dee dgn si'dia' ni... katanya pikir betul2... katanya sekadar main2 udah ler, jgn sampai jatuh cinta pulak... katanya lagi... si 'dia' tu orang luar... belum tentu dia ikhlas nak berkawan dgn kita... ntah2 dia ada niat lain tak..? dan yang paling Dee sedih sgt... katanya... "aku pun dah tak terima, agak2 hang family kita terima ker dia tu...?" "hang bukan tak tau, aku boleh buat semua family ikut apa yang aku kata..." sampai begitu sekali....??!!!!

Dee rasa macam... sedih sangat.... terasa berada dalam keadaan tertekan... dilemma... camne ni... terus Dee terpikir... berfikir... dan berfikir2 lagi.... adakah selama ni apa yang terjadi sebenarnya ditentukan oleh dia..? Disebabkan oleh dia...? Dee terpengaruh ker...?

Kalau korang baca entry Dee kali ni... rasa2nya korang sure tak paham apa sebenarnya yang berlaku kan.... sebab Dee selama ni banyak berselindung di sebalik entry2 Dee sebelum2 ni... xpe... selepas ni... Dee akan citer sket2 mengenai kisah Dee... apa yang berlaku dalam kehidupan Dee.... tapi sedikit demi sedikit ler... saketek2 yo....!

Apa yang Dee nak kongsi sekarang adalah perasaan Dee... apa pun yang terjadi dalam perhubungan kali ini... KELUARGA tidak akan dibelakangkan... selama ini KELUARGA lah yang banyak memberi sokongan dan semangat... jadi... Dee sekali2 tidak akan belakangkan KELUARGA di dalam membuat keputusan mengenai 'hubungan' Dee dan si 'dia'... 

Tetapi... 

Baru pertama kali Dee nak dedahkan tentang hubungan ini... semangat Dee telah dijatuhkan... tidak langsung ada kata2 sokongan atau semangat... bukan Dee tak leh terima... cuma janganlah seolah2 mengugut sebegitu walaupun tidak menyukai si'dia'... adusss... 

Dee stop dulu lah... nnti jap lagi sambung lagi....


3 comments:

mrs eyza said...

mungkin seseorang yg rapat tue berkata begitu berdasarkan pengalaman yang dia kutip...faiz tak layak beri nasihat tapi walau apa pun pandangan KELUARGA perlu diutamakan...sebab susah senang kita, hanya KELUARGA yang setia menyokong.

faiz sendiri pun pernah dalam dilema bila hubungan ditentang. dan bila difikir2kan balik rasa beruntung sebab tentangan KELUARGA bawak kebaikan. nasib baik hubungan tak ke fasa seterusnya. kalau tidak mesti myesal seumur hidup.

mrs eyza said...
This comment has been removed by the author.
IFA Athirah said...

mestilah sedih gilerrrr http://geekintherainbow.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke