Jom Shopping di SweetMuslimah.com

SweetMuslimah.com

29 February 2012

Pesanan dan Ingatan Untuk Insan Bergelar IBUBAPA


Tadi pagi.. Dee saje2 BW.. sekali terjengah blog viniyamey .  Dee pun bersiar2 ler kat dalam blog tu.. Pastu Dee ternampak satu entry tentang Arwah adik Faris. Dee pasti kebanyakan blogger kenal siapa arwah kan?  Entry tu adalah mengenai pesanan dari ayah arwah kepada kita terutamanya yang telah bergelar ibu dan bapa.  Meh Dee share kat sini.

Pesanan dari ayah Arwah adik Faris yang boleh kita jadikan pedoman dan pengajaran.. Insyaallah...

  • Bila anak merengek bangun pada waktu malam, janganlah marah dia.  Jangan merungut kenapalah kena bangun malam.. mengantuk.. dsbnya... That might be the last night that he/she does that.
  • Bila anak minta mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan.   That might be the last night that he/she ask for something.
  • Bila anak nak susu, berikan dengan penuh kasih sayang.   That might be the last day that he/she drinks it.  Samada susu ibu atau susu formula sama sahaja.  Pemberian dari ibu/ayah kepada anak.
  • Bila anak buas dan nakal, sabarlah.   That might be the last day that we can see him/her being active.
  • Bila suap anak makan, suaplah dengan penuh kasih sayang.   That might be the last food that he/she eats.
Sedih sangat kan... Dee sendiri sebagai seorang ibu, adakalanya tersasar dari benteng kesabaran bila menguruskan perihal anak-anak.  Tapi bila Dee renung-renungkan pesanan ini, perasaan dan naluri seorang ibu bagaikan tersentak kerana adakalanya terkeluar juga rungutan dari mulut Dee sendiri. Masyaallah... mudah-mudahan kita akan terus diberi pedoman sebegini dari pengalaman seorang ibu/bapa yang lain.


Al-Fatihah untuk arwah adik Faris. 



1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Peingatan yg baik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright reserved by Aredieya edited by Caersasuke